Teman

Sep 29, 2009

Laksa Sardin

Semalam jadilah buat laksa sardin. Cepat, mudah dan tentunya sedap! Chehhhhhh.....podah!



Inilah rupa laksa try-an-error. Dok cari2 laksa spagetti mcm yg Pn Durra buat tu xda pun.. Jumpe yg jenis ini, betul2 mcm laksa, tp kata my hubby structure dia lebih sedap dimakan dari laksa kat M'sia tu! Nama Japanese noodle, tp tgk dibuat di S'pore. So kat M'sia mungkin ade dijual. Kat sini mmg xde tanda2 halal. Tgk trademark 'Suitable for Vegetarian' or tgk ingredients je la..


Bahan2:
  1. Laksa
  2. 1 tin ikan sardin in tomato sauce- ambil ikan saje. Blend sikit2, jgn lama2. But saya campur jgk about 1sb sauce sardin tu dlm kuah laksa saya. Tp kalau kat M'sia, campur dgn ikan fresh lagi sedapp!
  3. 1 biji bwg besar-blend
  4. 3 ulas bwg putih-blend
  5. 1 senduk cili kering mesin (mak ai, sampai bersenduk dia! hah, ambekk engkou-kata chefwan ;p)
  6. 1 inci belacan-blend
  7. asam keping- berkeping-keping, sesedap rasa
  8. daun kesom
  9. bunga kantan
Cara2:
  1. Rebus semua bahan2 yg di blend bersama asam keping.
  2. Bila dah menggelegak, masuk ikan, bunga kantan dan daun kesom. Garam secukup rasa. Biar hingga mendidih kembali.

Sep 28, 2009

Lagi Cerita Raya 09

Last Saturday, received a visit dari my cousin, Kak Rita, and family. She's currently at Sheffield doing her PhD. Juga Kak Da and her tahfiz son, yang baru balik bercuti di Malaysia. Kak Da adalah kakak Abg Manan (husben Kak Rita). Mereka mempunyai seorang adik, Hajar Kasri, was my primary school friend di Bagan Ajam, Butterworth. What a small world.. K Da currently buat PhD di Leceister. Wah.. mereka semua rajin study yerr... Kata Kak Da kalau nak dapat kasut Clarks murah, boleh pegi ke Leceister. Sepasang 5pnd saje. 1st hand original. Bukan kasuit bundle ;p.


In the pictures: My husben, abg Manan, K Rita (flowery white shirt), K Da( Baju kotak2 biru)


Kak Da bawa kiriman pelbagai bahan masakan dari my auntie, Chikmah. Serai, daun kunyit, daun kesom, dan bunga kantan- terima kasih daun keladi Chikmah! Seronok sgt dapat semua tu.... So semalam, jadilah masak rendang sekali lagi. Raya lagi kan... alang2 ada daun kunyit.. bukan senang nak dapat tu...

Daun kesom dan bunga kantan masih belum dipakai lagi. Jadi sedang bercita-cita nak buat laksa lah ni.... Ikan?? Pakai ikan sardin saja lah... Tak serupa, tapi jadilah tu... dapat rasa sikit2... laksa?? Ada dijual di sini... tapi versi lain sikit.. nnt kalau saya jadi buat, saya snap gambar laksa disini ya!


Inilah gambar rendang versi kedua raya 2009. Rendang si daun kunyit. ;D
Align Right
Nak resepi kerr?? Ala.... resepi rendang yg bese tu lah.. Sbb request dari maklong Farah utk letak resepi sekali, oklah.... tp kite buat ala2 campak saje.. so xdapat nak beritau the exact sukatan. ok?

Resepi rendang si daun kenyit- eh, kunyit ;p


Bahan2:

  1. bawang kecil-sedikit
  2. bawang besar
  3. bwg putih-sedikit
  4. halia- sedikit
  5. lengkuas-sedikit
  6. Serai
  7. Cili kering mesin- ikut kepedasan
  8. Serbuk ketumbar- sedikit
  9. serbuk cumin- ape ni? jintan manis kan?- sedikit
  10. asam keping - sedikit
  11. ayam/daging
  12. santan/susu- sini pakai susu je..

Cara2:

  1. Blend bahan 1-6. Tumis bersama cili kering yg dah dimesin tadi dan serbuk cumin dan serbuk ketumbar. Jgn lupa asam keping sikit. Asam jawa pun boleh..
  2. Bila dah pecah minyak, masuk ayam dan santan dan sedikit air (kalau pakai santan pekat). Tutup dan masak hingga empuk. Sesekali kacau. Kalau nak berkuah (supaya sedap mkn dgn nasi), jgn tunggu sampai kering.
More pictures... link
Jgn tak tahu... saye dah ade facebook skrng... layannn sajelah...




Sep 22, 2009

Raya 2009

Memory beraya buat kali pertama di Soton..


Salam Lebaran dr kami sekeluarga... Syifa belum ape2 dah tertido... Merah lagi thn ni... baju tahun lepas jerr... kecuali Suhaib dan Syifa baju baru...

Bergambar di halaman rumah kami.. cantik gambar ni bukan?.. Snap pakai camera mahal Asma (1st dari kanan). Depa panggil camera org UK.. wah! kena beli ni bos ;p.
Memperkenalkan dari kanan: Asma, Kak Nurul, Durra, Syifa dan mummy ;D

Lagi teknik camera mahal Asma.. Ini mummy yang snap tau... nampak macam a good start je boss... acilah beli satu... no regret! ;p

Durra dan Kak Nurul posing cantik...

3 beradik?? Bukan... kami hanya 'friend'... Kebetulan tema kami tahun ni sama..
Team merah.

Juadah raya.. Ketupat aluminium foil-not bad, cuma xda bau daun la..., rendang tok minah ;p, almond butter cookies.

Lontong, kuah kacang dan bilis, Beginner cheesecake- kasi chance la...
More pictures... link

Sep 19, 2009

Kueh Raya

Biskut Badam Hiris

Baru siap semalam.. Easy, buttery and crunchy!
Kalau sesape nak buat pun sempat lagi tu..;P


Bahan2:
250g butter
120g gula icing
1/2 st esen vanilla
300g tepung gandum
5g baking powder
80g badam cincang (bakar dahulu. boleh tambah/guna any nuts dan dried fruits)

Cara2:
  1. Putar butter dan gula icing dan esen vanilla sampai kembang
  2. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang diayak bersama. Mix well.
  3. Masuk badam cincang. Mix well.
  4. Bahagi adunan kepada 3. Gulung di dlm kertas kalis minyak (mcm dlm gambar). Simpan dlm peti sejuk selama 1 jam atau sehingga keras.
  5. Keluarkan dari peti ais dan potong 0.5cm.
  6. Susun atas dulang pembakar. Bakar sehingga masak pada suhu 160 degree C. (Sekejap jer.. dlm 12 minit dah masak.. ikut jenis oven jgk kot..)
Selamat mencuba!

Gantung kad raya

Terima e-kad raya daripada rakan cyber (cewah- ilham dari K Ain ni..). Terima Kasih daun keladi buat K Ain dan K Fae. Belum terlambat lagi nak 'gantung' kad raya nih... Nak gantunglah!




2 jerr kad raya thn ni... :( , ;D
Teringat zaman skolah dulu, belambak-lambak terima kad raya. Happy gilaa mase nak menggantungnya! Gantung kat pokok, kat dinding.. wah... sungguh nostalgic!

Sep 18, 2009

Salam Aidilfitri......


Assalamualaikum buat keluarga dan sahabat2 yang diingati...

Selamat menjalani ibadah puasa di hari-hari terakhir dengan penuh kesabaran dan mudah-mudahan kita semua mendapat keampunan Allah dan rahmatNya..

Kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk menyucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin, di atas setiap salah silap keterlanjuran kami..

Serangkap pantun dari insan yang tak pandai berpuisi... ;P

Budak-budak bermain api,
Hati-hati ya, takut terbakar nanti,
Maaf dipinta, kemaafan dinanti,
Selamat menyambut hari raya aidilfitri.

Sedikit gambar untuk tatapan.. oh ya, kami ada hantar gambar ini ke Salam Perantau, Utusan Harian.. Beli lah paper Utusan kot2 keluar gambar kami.. mungkin lepas raya kot baru keluar... sbb hantar lambat..







Sep 15, 2009

Eastleigh Lakeside

We spent our last weekend on Carboot and riding a mini steam train at Eastleigh Lakeside.

Sewa kereta lagi.. But this time ok, tak kena dummy lagi :D. Charge 30pnd dari hari Sabtu sampai Isnin ( Sbb hari Ahad mereka cuti, jadi kena amik smpai hari Isnin). Boleh lah nak jalan2 lihat2 tempat baru..

Eastleigh lakeside, destinasi budget.. tp sgt sesuai utk kanak2 sbb mereka sgt thrill naik keretapi stim tu.. Suhaib suka la sbb macam cerita cartoon the Chuggington. Suhaib skrng sudah pandai layan cerita cartoon dlm tv. Start bgn tido sampai pukul 7pm, kerjanya menunggu depan tv. Sekejap2 usik adik Syifa dia..

Bergambar di Eastleigh Lakeside...




Bergambar dgn kapten train ;D

Syifa suka mengomel dgn mulut muncung..

Sep 12, 2009

Ramadhan Delights Part 4

Cw: Nasi Pattaya Wow, Twister Limonade Chicky wit Honey, Kari Daging Stylo (sori, xde kene mengene ;P), Mushroom n Cheeze Omelette

Tgk K Ain masak nasi lemak, terliur... lama xbuat nih.. Ns Lemak Abidin dgn Sambal Sotong Kering dan Spicy Crunchy Chicky ;p

Resepi? Ape yg ader kat dapo je... Kalau ada sos tiram dan serai lagi sedap nih! Tp rumah kami takdala.. Sos tiram tak jumpa lagi kat sini.. masih tercari- cari~~~~~~ ;p

Sep 11, 2009

Ramadhan Delights Part 3

Aneka Kuah..
Cw: Sup Ayam Bumbastik, Kurma Ayam England, Masak Lemak Daging Bakar dan potato bakar, Kari Ayam Bonda...cewah!

Aneka Nasi..
Cw: Nasi Bukhari dan Daging Kambing, Nasi Bukhari dan Ayam Bakar, Nasi Minyak Lemak Manis ;p

Nasi Ayam Fingers Lickin ;D

Ramadhan Delights Part 2

Aneka Pizza..
Cw: Salami Pizza, Cheezy Weezy Pizza, 'Squarepants' Pizza with black pepper sauce, Kasihku Mushroom Soup

Cw: 'Mee Kuah' Spagetti, Baked Macaroni, Spagetti Bolognese (btui ka eja ni? bantai ja..)

Cw: Daging kambing bakaq dan air asam, Big Mac Sandwich, Coleslow Salad (sori eja ikut suka.. ;D)

Ramadhan Delight

Murtabak XXXL, Roti canai, Roti tampal, Chappati......
Homemade ok.... kat sini xmain la instant2... mahal... :D

P/s: Kalau mak baca.
'Mak... adik buat sendiri tau... jgn terkejut.. Che Ros (abg mael) bagi resepi roti canai dulu2 tu mase dok pi tolong mak.. :). Chappati tu adik mereka-reka je.. mula2 buat keras liat mcm kain buruk, kali kedua buat teringat mak kata tambah tepung gandum, adik pun tambahlah tepung gandum dgn fresh milk sikit. Masa tu takda internet lagi nak check resepi. Pastu check, lebih kurang la... Boleh la nnt nak buat2 makan time takdak pa nak makan... '

Pelbagai aneka Dalca. Cw: Dalca kambing, Dalca dgn serunding daging mak, dalca kosong, sesat satu puding caremel lentok ;p

Portsmouth Harbour

Salam..

Ada request utk posting gamba mummy lebih sikit le.... He3...
Oklah...

We haven't have the chance to explore many places yet since our moving capacity is limited. Thinking of buying a car. ^_^ Yes 2nd hand is very cheap but the insurance price is 400pnd which is approximates the price of the car, consider no for a moment. Kena kumpui duit dulu naa..

Speaking of the new places, kalau tak kena 'dummy' sekali tentu tak sah bukan... Unfortunate, but learnt a good lesson rite... One fine weekend we had spent our time renting a car cost about 60pnd! Hahahah.. Words faster than action, no turning back. Maklumat xlengkap la...

The relevant place to hang out with public transport is the town, called City Center, which is approximately 5km away. But public transport pun quite pricy juga rasanya.. Kalau naik bus dari main road rumah kami, we have to spend 8pnd for the ticket price. Kalau jalan keluar jauh sikit ke Portswood utk naik bus di sana, dapatla murah sikit, 5pnd, pergi dan balik..

Berikut gambar2 di Portsmouth Harbour, i guess about 20km away. 1st time ni jalan jauh dgn kereta sewa 60pnd tu- ford focus. Hahaha..


Inilah Portsmouth Harbour

Ini some of the town views

Ini the Spinnaker Tower

Ini gambar Ummi- special request! ;p

Sep 9, 2009

Suhaib n Syifa'

Suhaib pose.. 3rd quarter-panjat reti, turun xconfiden, menangis mintak tlg.

Syifa on the camera. Down frm left- I have to kendong like 'mak indon' time nak masak. Waduuuh... nak berkepit aja si Syifa' ni. Skrng ok sikit, sbb dah makin buas nak explore rumah~Syifa' the explorer. Boleh panggil mamma mama or miiiiiiiii..... Tgh belajar angkat badan nak merangkak. Pandai mengutip. Semua masuk mulut. Pandai xsuka kat abg Suhaib dia yg suka mengacau dan conquer semua benda.


1st time ke carboot di Gosport. Sorang2 muka xpuas hati krn terpaksa duduk dalam child seat. A must- regulation di sini. Kalau x kena compound 60 pnd kot..

Jln2 di Itchen River. Berdekatan dgn rumah kami. Boleh lah nak beriadah sikit2 bwk depa jln2 kena angin..



Till then hugs n kisses!

Salam dari Southampton utk semua..

First of all, terima kasih yg tak terhingga pada Durra dan Bad yg telah bersusah payah mencari rumah utk kami dan menyambut kedatangan kami dgn penuh pertolongan. Durra (dan Bad), awk mmg dah memudahkan bynk benda utk kami. Thank you very much.

Entry pertama dari kejauhan khas buat keluarga dan rakan2 yg menanti khabar dari kami. (Maaf.. masih cilok wireless org..;D). So segan lah nak cerita panjang2.. *blushing u*

Just nak tunjuk gambar tempat tinggal kami di sini.. Bolehlah mak, abah, ayah, kaklong, ijai dan rakan2 yg lain tengok, camnelaaaah kehidupan kami di sini.

P/s:
Jai, nnt balik Kulim bukak lah blog Ngah tunjuk kat mak abah yek.. ;p


Ini rumah flat kami.. Bengkok gak nak bayar sewa rumah ni. Sikit lagi nak 600 pound. Rumah kami yg paling hujuuung skali atas skali


Some of views inside the house.. Ada 2 bilik tido. 1 master bedroom, satu bilik kecil. Boleh lah kalau sapa2 nak mai tumpang... InsyaAllah... sedap tido ;D

What I like most! The kitchen.. 1st time dapat merasa wholeset kitchen mcm ni. Rumah sewa kat M'sia mmg xdapat la kitchen mcm ni. Rasa mcm nak memaaaaasak ja. Sampaikan memasak tu jadi terapi utk ku sesudah penat melayan kerenah anak2. Huhau huhau.. xtaula berape cost letrik bulan ni. Semua pakai letrik. Sampaikan nak mengeringkan baju! (xde tempat sidai kain. Dan kalau sidai pun kain xkering2 dgn cuaca yg gloomyyyy sll.)

Oklah. Setakat ini saja buat kali ini. Ini alamat kami. Kalau ada sapa2 yg nak hantar surat ke, hadiah ke, rations ke boleh lah. Sangaaaaat2 dialukan. ;p

12 Elizabeth Court,
Aberdeen Road,
Southampton,
SO17 2LU


Wasalam.
Hugs n Kisses!