Teman

Dec 22, 2009

Pengalaman winter di S'ton

Pengalaman kali pertama winter di sini...Snow is not a usual thing at Southampton even though it is UK. So kalau turun snow kat sini mmg ramai yang seronoklah. This time snow turun sesekali, belum cukup bnyk untuk buat snowman dah cair dek sinaran matahari. Cuaca tak menentu, hujan, cloudy, sleet shower, but whatever way the weather behaves, the chilling and freezing is there all the times. Sometimes it hits negative degree, definitely. Mmg terlalu sejuk, sampai tak tahu kat mana nak menyorok! Semua tempat sejuk walaupun sudah dipasang heater. Dalam duvey pun terlalu sejuk. Pakaian2 semua sejuk, sampai tak pasti sejuk atau masih basah. Hahahaha...Pegang heater tu baru terasa leganya....... Kalau keluar berjalan diluar, kebas habis jari2 kaki.

Umpama kita paranoid dgn bahang matahari di Malaysia- terutamanya kepanasan tahap dewa di Perlis, semacam itu juga paranoidnya kami dengan kesejukan di sini.. Uhuuuuuu.... sungguh tak comfort dgn air-cond semula jadi ni..... Inilah sebahagian tanda kekuasaan Yang Maha Kuasa, Maha Pencipta, yang mengatur setiap kejadian alam. Mudah-mudahan dapat menerapkan penghayatan kerohanian yang lebih mendalam dlm mangingati Allah SWT. Astaghfirullahalazim....

1st time of Dec 2009 snow turun di S'ton. Sikit je... baru bercadang nak turun tangkap gambar, tgk dah tak banyak mana... matahari sudah keluar.. Besides, cuaca pun tak cukup baik sgt eventhough ada matahari, but the wind is so strong... that means, lagi2 laaaah sejuk!



Tidak meminggirkan kisah pokok di belakang rumah ;D, dah makin botak dan sekarang baru boleh nampak rupa batangnya yang sblm ni tak nampak bayang langsung dek daun pokoknya yg merimbun.



Some of the wintery views of S'ton. Adalah cikit2 bekas snow kat rumput tu.. nampak tak?


A brisk walk at the riverside setelah saban hari terkurung dirumah tingkat 3 tu.... Sedap mata memandang, tapi, seeejuuuuuuuuukk........ Sesekali menggigil badan ni.




Anak dara pertama saya..... Zahra Nursyifa namanya... hehehhe..



Sementara Syifa berposing dgn uminya di bahagian belakang kereta, abg Suhaib yg sedang tidor di depan menangis "Ayaaaaaahhhhhhhhhhhh!!....." sbb jaga2 tgk ayahnya dah tak ada.... kena tinggal dlm kereta sementara ayah membeli di ASDA. Padahal kawan punyalah excited nak ke ASDA. hehehehhe.... lain kali boleh pegi lagi kan.... sape suruh Suhaib tido.... umi kejut, Suhaib2... bangun... tp Suhaib xmaau bangun......;p umi terpaksa ti ai pi yu lerr....;D

Dec 2, 2009

Daddy need a haircut!

Rambut daddy Suhaib dan Syifa dah makin panjang dan berserabut... Mesin potong rambut dah di beli di carboot...

Nak trim style biasa, ala2 askar kesian la pulak..... daddy takut kurang hensem! kekekekke...... Jadi ummi pun ambil la initiative sendiri dgn mengambil short course di youtube! hehehhe...



Boleh la kalau rakan2 yg lain nak belajar dan cuba potong rambut suami masing2! kekekkeke..Kalau kat M'sia okla... no problem... barber shop berlambak kan... Kat sini, berkira-kira nak potong dikedai. Jadinya, hehehe, ummi cuba sedaya upaya ye daddy...... utk buat daddy kelihatan hensem! ;D



*Phew* Berpeluh jgk ummi nak siapkan! En. suami kata, oklaaa... potong rambut freeee... hihihih...

**Mummy Faridah- (sdg berangan-angan buka kedai potong rambut utk kanak2)- pehhhh..... mcm la dah terrer sgt! kekekkekekkeke....***** -berangan2 aje~~ ;D

Dec 1, 2009

Raya Haji 2009 -open house

Pertama kali buat open house menjemput seisi keluarga S'ton.. Alhamdulillah... ramai juga yg datang... Antara tetamu yg hadir...


Terima kasih krn sudi datang... Ramai yang minat dengan Samosa saya.. terima kasih...


Takde ape pun resepinye... Cuma,

Bawang besar-dipotong dadu
Carrot- di potong dadu
Frozen Peas (bukan yg dlm tin tu ye..)
Isi ayam- dicincang
Lada Hitam- sikit
Garam secukup rasa
Kulit popiah/samosa

Goreng saja bahan2 diatas sampai masak. Cara nak balut, boleh google kat youtube. Saye pun dah tak igt linknya... ataupun nak senang, balut je mcm balut popiah.

Dah siap balut, kalau nak terus makan boleh goreng, makan cicah dgn sos Thai. Mmmmm.... mmg tak cukuuuuup~~~~ ;D Kalau tak, boleh simpan jadikan stock frozen.. Kalau malas, boleh order saje kat kite ye! =D =D

Kebetulan hari itu birthday suami tersayang! Jadi saya pun mencuba buat fondant carrot cake yang baru belajar tempohari... Oleh krn tak berbaloi nak beli segala makneka pewarna utk deco nya, jadi saya cuba memandai sendiri dgn choclate melted freehand... Waaaaaaaahhhhh... sgtlah comot kek saye ni =D, dgn si kecil Syifa dok bergayut dikaki, menggeletar tangan ni dok buat freehand tue! kekekkekeke...

Inilah hasilnya yg tak seberapa tu.... utk en. abg yg tersayang, saye xmampu nak beri barang mahal2 utk abg... jadi, ini saje yg dapat saye buat utk jadikan hari itu istimewa utk abg... mudah-mudahan abg terasa istimewa... Slmt Hari Lahir Syg...

Tak ketinggalan, keletah buah hati ummi, Syifa dan Suhaib, pada hari itu... :))


Nov 18, 2009

A few updates..

Laman belakang rumah...

Menyertai kelas belajar buat carrot cake dgn tauke carrot cake and friends..

Berposing sekejap di City Center S'ton..

Tetamu baru di rumah kami... En Hidayat. Sian rindu kat anak bini dan baby barunye...sabar ye En Dayat..

Sedikit gambar City Center yang lalu......

Bawa Suhaib dan Syifa bersosial di playgroup program SureStart... program khas utk childs under 5. Nampaknya Suhaib masih belum pandai bersosial..... Susah nnt ni kalau nak tinggal di school. Mau nangis tak igt........


Very simple but love it very much. Yorkshire Pudding namanya... haha.... jgn terkejut sgt.... saye cuma buat filling nya, kelongsongnya ready made......


Nak tgk Suhaib ketawa terbahak2 menonton Charlie and Lola di facebook
Gelak vid 1
Gelak vid 2
Suhaib naik kuda

Bkn Suhaib saje yg layan tgk Charlie and Lola... Ummi dia pun layan habess.... lawak sungguh kartun tu.. no wonder lah Suhaib dok ulang tayang berpuluh2 kali dari pagi sampai ptg, tiap2 hari, semenjak TV dirumah rosak.... dok mengadap laptop jelah kerja dia.. "Mi,... buka Lola mi, Lola..."

Ni antara episode Charlie and Lola feveret Suhaib
I am extremely magic

Nov 1, 2009

Suhaib and the Autumn Leaves


Suhaib bergaya macam budak besaq!
Susah nak dapat shot ni... Hadiah kepada Tok2 dan Wan2 di Malaysia!

Suhaib... smile............ senyuuuumm....

Ha.... baru comel...

Bergambar sekejap dgn daun2 yang luruh. Dlm perjalanan ke Portswood dgn Umi, nak beli barang dapur.
Suhaib: Umi suruh Suhaib jalan kaki tau Wan...
Umi: Umi nak latih Suhaib bagi cekap berjalan... nanti kan senang nak bawak jalan jauh2... ;D

Pinjam snowcap ayah... Sbb sejuk sgt kat luar ni tau Wan....

Umi berkenan dgn daun2 merah ni... mintak Suhaib posing jap.

Oct 28, 2009

Makndak and Family Visit

Kami sangat gembira minggu ini kerana Makndak dan Kak Ena sekeluarga datang bertandang ke rumah kami.. Yang lebih seronoknya, Makndak siap tidur sini lagi... Seronok bersembang dan bergossip malam tu dengan Makndak... ;D

Makndak merupakan adik kepada my mil. Kak Ena, anak Makndak berkerja di London, sbg doktor perubatan. Selama hampir 20 thn Kak Ena belajar, bekerja dan menetap di London, dan seberapa banyak kalinya Makndak ke London, namun tak pernah berkesempatan melihat dan pergi ke carboot sale. Jadinya, Makndak tersangatlah teringin nak tengok macam manalah carboot sale tu. Sebelum ini cuma dengar cerita dari kawan2 beliau saje..

Kami dengan berbesar hati membawa Makndak ke carboot pada hujung minggu itu... awal2 pagi lagi dah pergi.. 7.30pagi sampai 12.00tgh hari. Kami bawa Makndak lihat dua carboot sales!

Makndak, Kak Ena, Abg Redza dan Arif baru sampai dan menjamu selera.
Selepas menikmati lunch, Makndak dan Kak Ena sibuk2 nak basuh pinggan. Mereka kutip habis licin sampai berkilat dapur saya dikerjakan..Saya tak tahu ini memang pesen mereka.. No wonder bila pegi rumah Abg Ard dan Kak Ani di London, Kak Ani buat sorok siap2 sabun pencuci dan sponge basuh pinggan! Takut Makndak dan Kak Ena besibuk2 membasuh pinggan.. he3

Suhaib dan Arif bermain.. Tapi tidak sekali.. masing2 tunjuk otai.. Maklumlah masing2 Tuan Kecik...

Syifa nampak heppi dilayan oleh Makndak dan Kak Ena.. Makndak teringin cucu pompuan katanya... ;D

Kak Ena dan Abd Reza balik ke London. Makndak stay utk carboot pagi esoknya... Waaaah... sgt seronok dia dapat tengok banyak cyrstal glasses collections dan set2 pinggan mangkuk England yang nak di letgo pada harga yg sgt murah tetapi masih in good condition.. Malah ada yang masih baru. Lebih menarik melihat cara Makndak bargain. Org lamalah katakan... Memang cukup pro dan menghiburkan, sampai si penjual tergadai! :D

Inilah rupanya carboot tu...

Suhaib turut dapat habuannya.. Koleksi Thomas makin banyak...

Bertolak ke London untuk menerima jemputan Abg Ard panggil makan lunch. Tetapi disebabkan jalan agak sesak dan kami pula bertolak lambat, kami sampai lewat petang. Dengan perut yang sangat2 lapar.. Alhamdulillah Kak Ani jamu macam2... Nasi minyak, nasi himpit, lamb curry, masak lemak ayam dan macam2 lagi.. Memang cukup sedapp! Tukang masak professional lah katakan.. Abg Ard dan Kak Ani merupakan saudara kami di London yang mempunyai kedai makan yang bernama 'MAKAN'. Saya belum berkesempatan ke kedai beliau lagi.. Disebabkan masa lawatan kami amat singkat petang itu, jadi kami tak kemana-mana. Terus pulang ke Southampton ptg itu.. Rumah Kak Ena pun tak sempat nak pergi lagi.. Next time ye Kak Ena.. Next time visit London kena spend masa yang lebih lama, baru sempat nak melawat macam2 tempat..

Pemandangan disepanjang jalan ke London

Ini sudah masuk area London

Sampai sudah di rumah Abg Ard dan Kak Ani... Cantik internal deco rumah mereka yang baru renovate.. Bergambar bersama Kak Ani di tingkat 3 rumah mereka; master bedroom. Tengok diluar tingkap nampak garden.. Cukup damai... nice view..

Macam2 yang dijamu... Suhaib sampai uuk uuk sebelum nak balik.... Ish2.... tengoklah pesen terbaru senteng seluar bila nak buat projek ;D

Makndak menjadi model utk gambar garden Kak Ani di backyard mereka. Cantik sungguh.... Kalau BBQ mesti seronok ni..

Bergambar beramai-ramai sebelum pulang..

Bukan main lagi Abg Ard dengan bendera M'sia nya!

Oct 22, 2009

gelagat anak2 ku..

Gelagat Suhaib dan Syifa utk tokyah, opah, wan Ein dan wan Hassan di kampung..

video video
video

pipi kanan Syifa lebam sikit, terhantuk pintu semasa beraya di rumah kawan..

spongy cheesecake

Punya teringin nak buat kek sendiri walaupun takda mixer. Ku pukul pakai tangan bagai nak tercabut lengan! xpala... exercise... (ada ke exercise mcm ni??? )

Tp okla... inilah hasilnya... teringin tak terkata!


Kalau pukul telur putih tu pakai mesin lagi naik cantik agaknya.. cewah pandai2 ja.

Resepinya cedok dlm blog Kak Ain. Org copy paste jer ekkk.. :)) Tp kek K Ain nampai naik cantiiik je..maklumlah org dah terrer kan.. saye ni baru belajar2.. kek saye naik tembun mcm sponge kek. Sbb tu tukar nama.. :D Tapi rasanye mmg tiptop! Bila makan tu teringatlah makan cheesecake yg beli di supermarket kat M'sia tu...

Cumanya slice cheese tu, saye pakai cheese spread yang tak guna2 dalam peti ais tu. nak makan dgn roti mcm tu je, mcm tak kena dgn taste kita lah pulak..


Bahan2:
  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila
Cara2:
  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.




Oct 20, 2009

Update yang lalu

Menghadiri majlis 'Kenal-kenal Ketupat' anjuran MSA Southampton...

Dewan Kuliah university

Suhaib berlari-lari dengan Mira di kawasan university

Suhaib belajar mewarna. Masih belum pandai pegang pensel..

Renungan rindu kampung halaman dari Syifa.. candid dari photographer MSA

Umi dan Syifa, serta mama Lyz dan Qistina. Qistina baru bgn dari tidur, Syifa masih tidur.. Sejuk tau mase ni... lebih kurang 14degreeC. Buat2 tahan sejuk dgn memakai baju kurung tanpa jacket. ;p

Rumah kami menumpangkan student phd yang baru datang dari Malaysia. Sarah dan keluarga. Mereka menumpang dirumah kami selama 10 hari sementara dapat masuk ke rumah baru mereka..

Bawa mereka jalan2 pada hujung minggu ke carboot

Sarah sekeluarga

Gambar senget auto snap. Semasa Paklah sekeluarga datang beraya ke rumah kami. Bermula sesi perkenalan antara Sarah sekeluarga dan Pak lah sekeluarga. Dimana, Sarah akan menduduki rumah Paklah yang akan pulang ke Malaysia pada masa itu. Tahniah buat Paklah yang berjaya menamatkan masternya..

Gambar ok sikit.. Tp nampak macam ada 'toyol' sedang bersembunyi... :D Keh keh keh...

Paklah sekeluarga. Maaflah, rumah kami makan di bawah saja... sejuuuk lantai tu yer...serba kekurangan lagi.. almaklumlah baru lagi kan...

Lyz, Khairul dan Qistina, turut hadir utk menikmati hidangan nasi Biryani India ;D, di petang Jumaat..

Gelagat si Syifa

Pokok besar dibelakang flat kami nampak sudah menguning. Menunggu masa utk gugur ke bumi...