Teman

Oct 28, 2009

Makndak and Family Visit

Kami sangat gembira minggu ini kerana Makndak dan Kak Ena sekeluarga datang bertandang ke rumah kami.. Yang lebih seronoknya, Makndak siap tidur sini lagi... Seronok bersembang dan bergossip malam tu dengan Makndak... ;D

Makndak merupakan adik kepada my mil. Kak Ena, anak Makndak berkerja di London, sbg doktor perubatan. Selama hampir 20 thn Kak Ena belajar, bekerja dan menetap di London, dan seberapa banyak kalinya Makndak ke London, namun tak pernah berkesempatan melihat dan pergi ke carboot sale. Jadinya, Makndak tersangatlah teringin nak tengok macam manalah carboot sale tu. Sebelum ini cuma dengar cerita dari kawan2 beliau saje..

Kami dengan berbesar hati membawa Makndak ke carboot pada hujung minggu itu... awal2 pagi lagi dah pergi.. 7.30pagi sampai 12.00tgh hari. Kami bawa Makndak lihat dua carboot sales!

Makndak, Kak Ena, Abg Redza dan Arif baru sampai dan menjamu selera.
Selepas menikmati lunch, Makndak dan Kak Ena sibuk2 nak basuh pinggan. Mereka kutip habis licin sampai berkilat dapur saya dikerjakan..Saya tak tahu ini memang pesen mereka.. No wonder bila pegi rumah Abg Ard dan Kak Ani di London, Kak Ani buat sorok siap2 sabun pencuci dan sponge basuh pinggan! Takut Makndak dan Kak Ena besibuk2 membasuh pinggan.. he3

Suhaib dan Arif bermain.. Tapi tidak sekali.. masing2 tunjuk otai.. Maklumlah masing2 Tuan Kecik...

Syifa nampak heppi dilayan oleh Makndak dan Kak Ena.. Makndak teringin cucu pompuan katanya... ;D

Kak Ena dan Abd Reza balik ke London. Makndak stay utk carboot pagi esoknya... Waaaah... sgt seronok dia dapat tengok banyak cyrstal glasses collections dan set2 pinggan mangkuk England yang nak di letgo pada harga yg sgt murah tetapi masih in good condition.. Malah ada yang masih baru. Lebih menarik melihat cara Makndak bargain. Org lamalah katakan... Memang cukup pro dan menghiburkan, sampai si penjual tergadai! :D

Inilah rupanya carboot tu...

Suhaib turut dapat habuannya.. Koleksi Thomas makin banyak...

Bertolak ke London untuk menerima jemputan Abg Ard panggil makan lunch. Tetapi disebabkan jalan agak sesak dan kami pula bertolak lambat, kami sampai lewat petang. Dengan perut yang sangat2 lapar.. Alhamdulillah Kak Ani jamu macam2... Nasi minyak, nasi himpit, lamb curry, masak lemak ayam dan macam2 lagi.. Memang cukup sedapp! Tukang masak professional lah katakan.. Abg Ard dan Kak Ani merupakan saudara kami di London yang mempunyai kedai makan yang bernama 'MAKAN'. Saya belum berkesempatan ke kedai beliau lagi.. Disebabkan masa lawatan kami amat singkat petang itu, jadi kami tak kemana-mana. Terus pulang ke Southampton ptg itu.. Rumah Kak Ena pun tak sempat nak pergi lagi.. Next time ye Kak Ena.. Next time visit London kena spend masa yang lebih lama, baru sempat nak melawat macam2 tempat..

Pemandangan disepanjang jalan ke London

Ini sudah masuk area London

Sampai sudah di rumah Abg Ard dan Kak Ani... Cantik internal deco rumah mereka yang baru renovate.. Bergambar bersama Kak Ani di tingkat 3 rumah mereka; master bedroom. Tengok diluar tingkap nampak garden.. Cukup damai... nice view..

Macam2 yang dijamu... Suhaib sampai uuk uuk sebelum nak balik.... Ish2.... tengoklah pesen terbaru senteng seluar bila nak buat projek ;D

Makndak menjadi model utk gambar garden Kak Ani di backyard mereka. Cantik sungguh.... Kalau BBQ mesti seronok ni..

Bergambar beramai-ramai sebelum pulang..

Bukan main lagi Abg Ard dengan bendera M'sia nya!

8 comments:

ain said...

cantiknya rumah2 kat sana ekh..?? suukaaa!!!!

Mummy Faridah said...

a ah... tu yang tangkap gambar tu..

DaZzlingLilLy said...

cantik no umah kak ani tu...best la ada sedara mara kat sana..

Mummy Faridah said...

a ah.. kat sini pesen rumah kat luar nampak biasa... tp bila masuk dlm, mcm hotel! luxurious! mcm a secret garden!

Faz said...

wahhhh sronoknye cuci mate tgok photo2 tis en3... :)

Mummy Faridah said...

;))

Ab Rahim said...

Mak Tandop melelehi ayaq lioq dengar cerita makndak semasa dia pergi car boot sales dan rumah abg Ard .... Jangan lupa carboot sales ...tak lama lagi Tok Yah sampai suhaib oooo....

Mummy Faridah said...

he he he.... xsabaq nak tunggu tokyah dan wan Ein datang!