Teman

Jul 16, 2009

How to control the ROACHES! Eww......

I received a helpful email from a friend, Adnin, about the nasty roaches. Thanks Adnin for the info!

Tips menghapuskan LIPAS!

Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu. Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terpenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.

Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka. Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.

Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
  1. Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu.
  2. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol.
  3. Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar.
  4. Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.

Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:
  1. MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN
  2. Jangan biarkan sampah sarap di rumah
  3. Selalu cuci bilik air
  4. Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
  5. Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas
  6. Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.
  7. Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi.
  8. 2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan
  9. dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
  10. Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut disana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.
  11. Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.

Mengurangkan lebuhraya lipas
  1. Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur.
  2. Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat.
  3. Begitu juga di ceiling.

Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih,maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya. Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon,ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya,maka jauhkan daripada kanak-kanak.

Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:
  1. Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )
  2. Dua bahagian tepung gandum
  3. Satu bahagian koko

Cara-cara:
  1. Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau. Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.
  2. Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya.
  3. BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!

Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.

Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas.

Saye?? Mmg pantang kalau nampak sekor lipas merayap dlm rumah. Mesti nak kerjakan sampai dapat! Tp kalau nak masuk dlm dapur/toilet yg penuh dgn beberapa ekor lipas,,,, mmg kecut perut terus patah balik, sanggup CANCEL niat!
(Suhaib: *confius* "Kan Ummi ckp takut hanya pada Allah...")
Eeeeeeew geliiiiiiiiiiii... Bkn takut OK..... =)

8 comments:

ain said...

akak sensitif betul bab lipas2 ni lah. tu hari ntah kenapa umah byk lipas, mengamuk akak. x pasal2 semua appliances dapur nak kena cuci dulu seblm guna. 1 kerja lak. now ni alhamdulillah...

Mummy Faridah said...

Betul2. Mmg frust kalau nampak sekor lipas dok merayap kat dapor. Pantang belemoih sikit..

Intan said...

Euuuwww....lipas mmg intan tak suke but binatang yg plg intan geli geleman ialah CICAK!!!! Ooooo klu nampak je kelibat cicak, siap lah my hubby kena bunuh or halau spi dpt!

Mummy Faridah said...

hehehehe.. saye ade sorang kawan yg takutkan cicak. Mmg funni tgk response dia bila nampak cicak!Saya dulu geli geleman tgk kerengga!mesti awk heran kenapa kan?? tp sejak dah menjadi ibu ni, dah berjaya melepasi tahap fear factor. So kalau tgk kerengga tu, dah tak melompat dah.. controllll jerr.. tp dlm hati dup-dap2 =P

NaDiaH SiDeK said...

hehe...tips yg berguna. biasanya suami sy la duk 'kerjakan' lipas2 tu. dia guna kapur je...kapur racun yg khas utk bunuh lipas :)

Mummy Faridah said...

Owh... pernah guna gak kapur tu mase zaman kanak2 dulu.. tdo kat bwh.. mlm2 sblm tdo buat garisan keliling tilam. Esok pagi jaga tgk ada 2-3 ekor lipas mati kat tepi tilam tu.. heheh

ibu_arifa said...

wah..best ni blog mummy faridah ni ada tip2 cam ni..tip yg menjimatkan plak tu..

salam perkenalan:)

Mummy Faridah said...

Salam ibu arifa. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya yg xseberapa ni dan jd follower. TQVM ya!