Teman

Sep 21, 2008

Birthday Ayah, 19 Sept 2008

19 Sept yg lalu birthday ayah mertuaku yg sgt sporting. Beliau merupakan seorang ayah yang suka mewujudkan ruang diskusi antara kami dgn perbincangan2 yang membuka minda. Alhamdulillah, aku diberi Allah seorang ayah yang seperti ini.
Bersempena birthday ayah, aku pun try lah order kek dari Rani bakedecorate2u sbb suka sgt dgn hasil2 tgn Rani yang aku tgk dlm blog dia. So teringin sgt nak rasa.. Tempahan aku dikira last minute, pastu pulak Rani dah ada tempahan kek yg lain pada hari yang sama. Adjust punya adjust, aku masih bernasib baik, tp Rani cakap boleh design yang simple2 ja sbb takut xsempat. Crdt to Rani, simple2 pun tp sgt chomel mcm Rani =). Sentuhan Rani mmg ada sentimental value, buatkan kek tu jadi sgt special berbanding beli dikedai kek. Rasanya pun sedap, mak berkali2 dok promo kata sedap niii.. Ini gambar kek yang chomel tu diambil dari blog Rani.



Aku pulak sejak lately ni rasa gian nak memasak. Heheh teringin sbb bawak baby kot.. =). So pagi tu suruh my hubby pegi market. Kata nak buat sup tulang, karipap (ni sll dah buat mase zaman skolah dulu-so xde masalah..cewahh heheh)dan kueh ketayap(favorite ayah ni, 1st time cuba buat tanpa mak aku =)). So pagi tu kalut la call mak aku kat Kulim tanya resepi.. hahahah.. Cuba2 alhamdulillah physically nampak jadi. Tapi rasa xtahu lagi ;). Petang Sabtu tu, bertolak balik Tandop ikut jalan Changlun lah sbb nak amik kek kat Rani. So 1st timelah kenal2 dgn Rani.. She's so cute n lovely. Patutlah hasil tangan dia pun nampak sgt lovely mcm orgnya. Teringin nak rasa bright eye susan dia, sbb nampak so yummy mcm nak makan. n dia punya cashewnut cookies pun namapak sgt cantik dan terliur.. =))
Sepanjang jalan balik tu berdebar2 aku dgn hasil masakan aku haritu. So berdoalah hati ini kepada Allah minta pertolongan :). Harap2 masakan aku tu adalah rasanya. Mase berbuka puasa tu, Alhamdulillah.... dgn izin Allah...Dialah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.. =))) Tak sempat pulak nak tangkap gambar hasil masakanku.. sbb dah lapar sgt dah =D. Kira nak bantai ajelah.. adalah gambar sikit yang my hubby sempat snap mase ayah potong kek.

2 comments:

Nazri Ahmad said...

selamat menyambut aidilfitri faridah n husband n anak2..hhehe
mohon maaf kalau ada salah silap naa..insyaallah aku sgah nti..bak mai la no fon..senang nk cnfirm

Bibi Intan Suraya said...

baiknyaaa menantuu ayah...hehehe

faridah,slmt hari raya. maaf zahir batin...

-Bibi