Teman

Oct 14, 2008

Raya 2008, Oct 1

Lama xpost story di blog. Sejak balik cuti raya panjang, class agak pack. Bulan puasa dulu lab after ofis hour semua cancelled, so skrng every week straight labs la. Seminggu 3 hari kne balik pkul 7. Hurm... sabar jer la..

Skrng baru nak upload gambar2 raya aritu. Cam bese, 1st raya di Tandop, then ptg trus ke Kulim. Ptg2 pun, sampai mlm jgk la... Mana xnya, petang hari raya pertama tu, tiga2 beranak terlentantang tido, sbb mkn mcm2 sgt pagi tu. Ketupatnya, rendangya, laksa, laksam, bihun goreng, koteow goreng, nasi briyani lagi. Hmm.. pakat melantak xigt.. :)

Sedar2, rupa2nya gambar raya kat Kulim xde langsung.. :(( Hurmmmm.. xde kenangan lah.. Bukan ape, balik Kulim thn ni sibuk pergi beraya sana sini, sampai ke KL. Masing2 letih travel+beraya+makan xigt, sampai lupa nak snap gambar. Hummmph... Yang boleh pi beraya sampai ke KL tu pasal kak long baru pindah rumah di Putrajaya, so nak pi la tgk rumah baru dia.. Rumah kak long pun lupa nak snap gak.. hummmph... Kat KL sempat la pi beraya rumah mak2 sedara dan cousin2 kat sana.. Seronok.. lama xjumpa, makan tahun.. pun lupa nak snap jgk.. mmg nampak makanan jerr bila pi beraya. hehehehe.. berat badan smlm pi timbang naik sampai 5 kilo! Mak aii... nurse pun terkejut, suro naik penimbang lagi skali sbb terlalu sukar utk dipercayai ;)). Hahaaha amik.. Tula mkn xigt..
Kenangan raya thn ini..



Suhaib in red baju Melayu




Suhaib, Umi, Ayah




Suhaib mula mengamuk sbb dah mengantuk. Alaa... umi xabis raya lagi ni...




On de way nak gi KL ni.. Boring aa.. lama gila..




Sempatla jgk shopping2 ckit kat alamanda. Tu pun mak xabis2 call panggil balik sbb takut xjumpa paksu Ali




1st time nak turun slide. Mula2 takut, pastu ape lagi, nak lagi le..



Suhaib sgt heppi dgn troli Jusco kat Perda. Cam bes gak shopping kat situ.







Sep 21, 2008

Birthday Ayah, 19 Sept 2008

19 Sept yg lalu birthday ayah mertuaku yg sgt sporting. Beliau merupakan seorang ayah yang suka mewujudkan ruang diskusi antara kami dgn perbincangan2 yang membuka minda. Alhamdulillah, aku diberi Allah seorang ayah yang seperti ini.
Bersempena birthday ayah, aku pun try lah order kek dari Rani bakedecorate2u sbb suka sgt dgn hasil2 tgn Rani yang aku tgk dlm blog dia. So teringin sgt nak rasa.. Tempahan aku dikira last minute, pastu pulak Rani dah ada tempahan kek yg lain pada hari yang sama. Adjust punya adjust, aku masih bernasib baik, tp Rani cakap boleh design yang simple2 ja sbb takut xsempat. Crdt to Rani, simple2 pun tp sgt chomel mcm Rani =). Sentuhan Rani mmg ada sentimental value, buatkan kek tu jadi sgt special berbanding beli dikedai kek. Rasanya pun sedap, mak berkali2 dok promo kata sedap niii.. Ini gambar kek yang chomel tu diambil dari blog Rani.



Aku pulak sejak lately ni rasa gian nak memasak. Heheh teringin sbb bawak baby kot.. =). So pagi tu suruh my hubby pegi market. Kata nak buat sup tulang, karipap (ni sll dah buat mase zaman skolah dulu-so xde masalah..cewahh heheh)dan kueh ketayap(favorite ayah ni, 1st time cuba buat tanpa mak aku =)). So pagi tu kalut la call mak aku kat Kulim tanya resepi.. hahahah.. Cuba2 alhamdulillah physically nampak jadi. Tapi rasa xtahu lagi ;). Petang Sabtu tu, bertolak balik Tandop ikut jalan Changlun lah sbb nak amik kek kat Rani. So 1st timelah kenal2 dgn Rani.. She's so cute n lovely. Patutlah hasil tangan dia pun nampak sgt lovely mcm orgnya. Teringin nak rasa bright eye susan dia, sbb nampak so yummy mcm nak makan. n dia punya cashewnut cookies pun namapak sgt cantik dan terliur.. =))
Sepanjang jalan balik tu berdebar2 aku dgn hasil masakan aku haritu. So berdoalah hati ini kepada Allah minta pertolongan :). Harap2 masakan aku tu adalah rasanya. Mase berbuka puasa tu, Alhamdulillah.... dgn izin Allah...Dialah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.. =))) Tak sempat pulak nak tangkap gambar hasil masakanku.. sbb dah lapar sgt dah =D. Kira nak bantai ajelah.. adalah gambar sikit yang my hubby sempat snap mase ayah potong kek.

Sep 12, 2008

Mari cintai Rasulullah... s.a.w

Walaupun sudah beberapa kali kuterima dan kubaca kisah junjungan kita Nabi Muhammad saw, setiap kali itulah hatiku tersentuh, kelopak mata ini tak dapat menampung lagi...

Kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian,Al Qur'an dan sunnahku.

Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,

"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakatul maut," kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian panggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:
'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu."Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa
salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Mudah-mudahan kisah ini dapat melahirkan kesedaran kepadaku untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita semua.

Wallahualam-

Sep 11, 2008

Suhaib dan baju raya biru

Pergi shopping baju raya Suhaib mase merdeka sale haritu. Balik tu 'menerai' sakan la.. xperasan mata ni cuma nampak baju yg color baby blue jerr. Warna2 lain semua nampak pening bagi mata aku. heheh..





Suhaib nampaknyerr sudah letih dgn umminya yg sgt sibuk nak suro suhaib try baju jugak2 :D. Ummiii nak susu... ngantuk dah niii..

Sep 10, 2008

Glad to meet my old buddies



23rd Aug 2008, there's 2 wedding in a day; my old buddies. Waaahhh.... sgt seronok dapat jumpe mereka semuaaaa..

Mula2 pergi wedding Nani, my osmet kat UTP, di Sg Dua. Dapatlah peluang jumpe dgn Jue, Siti, Oja,Alia (yg nampak makin berseri2, maklumlah tgh darah manis), Kujat dan Nani herself. Sorang wanted buddy yang tak dapat jumpe; siapa lagi kalau bukan Elianito tue. Teringin nak jumper Elia yang sama saing pregnant. Bukan aper, nak tgk Elia n her belly jer sebenarnya. Nama jer dok di Kulim, tp xpernah pun dapat chance berjumpe. Hmmm... riiiinnduu sgt bila terkenang the old good days during study dulu. It was my 4th month of pregnancy mase tue. Tp mcm dah nampak sgt gerrmokkkk... Hurmmm... Tetiba terpsycho sekejap bile tgk gambarku yang kedua tu. =))

Then lepas tue igt nak pi jln2 Penang dulu sblm balik Kulim ke kenduri Nida; alang2 dah di Prai. Tp Suhaib demam pulak... Cian kat Suhaib ummi.. So ktorg pun truslah ke kenduri Nida. Ni lagi old-old buddy. My bestmate mase form 1,2 & 3 sekali. Kami 3 separtner. Sorang lagi the great Waheeda. Seronok bila ada bestfriend ni...

Tahniahlah diucapkan pada rakan2 yang baru melangkah ke alam perkahwinan.. Sama2lah kita melayari bahtera cinta kita dgn penuh cekal dan tabah. Paling utama mestilah kerana Allah, mudah-mudahan hidup didunia yang sementara ini lebih diberkati.. Kepada yang belum menemui pasangan sehidupmu, teruskan hari2 bermakna anda dgn ceria dan penuh dgn kenangan2 manis.. Sesungguhnya hari bertuah itu sudah dipilih oleh Allah.. Sama2 kita nantikannnn... (aik cam iklan tv pulak =))

Good luck utk sahabat2 tersayang.. walau siapa dan dimana anda berada.

Sep 3, 2008

Tmn Mutiara Indah Fasa 2, Jitra

Setelah lama survey tempat nak beli rumah; kangar? changlun?jitra? bandar darulaman?; akhirnya kami sebulat suara utk memilih Tmn Mutiara Indah Fasa 2, rumah double storey semi-D, berdekatan dgn hospital Jitra. Dapat tahu drp Yon my colleague. Igt nak ambil fasa yg sama dgn Yon, fasa 1-bungalow house, harga xbeza sgt, tp xsempat dah full.. Okla, semi D double pun not bad juga.

Location quite good.. Gud enough for us to travel to our new campus nnt kat Pauh, approximately 15 minutes travel. Masjid dekat, main road dekat, hi-way changlun dekat, north-south hi-way dekat, hospital, pekan jitra, jitra mall ;D, market- semua less than 5 minutes. And most of all, ada life sikit kot dok kat Jitra brbanding Kangar/Arau/Changlun. Hurmmm... :) Ada beberapa buah lagi yg masih vacant. Jum la dok kat situ.. boleh kita berjiran :)





Aug 23, 2008

2nd Anniversary

Alhamdulillah... pejam-celik2, sudah 2 tahun usia perkahwinan kami. Pelbagai dugaan dan cabaran yang telah ditempuhi bersama, mudah-mudahan menjadi laluan untuk kami memperbaiki segala kelemahan dan menguatkan lagi keimanan kami kepada Allah swt. Wahai Allah.. peliharalah kami dibawah lembayung kasihMu.. agar kami sentiasa terpelihara dan beroleh petunjuk untuk kesejahteraan dunia dan akhirat. Amin..ya Rabbal 'alamin..

Terkenang kembali saat2 kami disatukan.. merupakan hadiah yang cukup besar drp Allah, yang memberi jalan kepada kami, membina sebuah kehidupan baru, walaupun ternyata ranjau dlm sesebuah kehidupan sentiasa berubah-ubah, namun, dgn sebuah perkahwinan, semua itu dilalui dgn izin Allah dan menjadikan kehidupan ini lebih bermakna. Alhamdulillah..

Saat2 manis yang pernah dirakamkan..


Selepas ijabkabul


Sesi bergambar :)

Terfeeling pulak sekejap. =D


Aug 15, 2008

Hmm... Yummy..


Sedapnyer tgk pasta carbonara dari mamafami tu.. Time2 pose ni mmg terliur sgt2 lah. Hari ni menyahut cabaran pose ganti. Waa.. sgt mencabar wo... asyik lapar jer. Mcm manelah nak pose sebulan tak lama lagi nih. Menguji keimanan sungguh. Semoga aku mampu menempuhi dgn jayanya bulan Ramadhan tahun ni. Sian kat baby kene berlapar sekali.. Sabar ye sayang... Kita lakukan utk Allah!

Aug 14, 2008

Testing post


Seronok jugak buat blog ni yerr.. Terjumpa gambar lama ni dlm fp my hubby. Lupa dah ada gambar yg agak sentimental gini :). Lama kerr? Lama la jugak... Sedar-sedar dah nak masuk 2 thn usia perkahwinan kami. 19 Aug ni genaplah.. Tp masih xda idea lagi ke mana nak dating. Hai... ni la yg lecey dok kat Perlis ni (no offense to all org Perlissss ;)..). Thn lepas dah pi aniversary di Langkawi; yg xdapat naik keter cable sbb hari nak hujan tu. Igt nak pi jln2 cari makan kat Jitra jerr. Kira ok lah tu.. Ujung minggu tu yg 23 hrbln tu boleh la nak balik Kulim sambung jln2 anniversay lagi. Boleh la kot pi jalan Penang ka. Teringin nak makan pasemboq di pdg kota dgn key's char koey teow. Abang Capati kat Kulim tu pun sedap juge. Kenduri bynk hari tu. Waaahh... besnyer mkn nasik kenduri.. Suke sgt daging msk kurma time kenduri. Harap2 ada..Waaahh... bnyknye nak mknnn... Maklumlah tgh lalu.. =) Montel pilah sat.. Tp harap2 berjayalah turunkan balik lepas besalin nnt. Harap2 la... heheh


xlupe jgk kat Suhaib. Skrng makin pandai kenakan umi dn ayah dia. Kdg2 geram sgtt.. Tp back then, Subhanallah.. mmg satu penawar kehidupan yang cukup ajaib!


Yg tepi gambar Suhaib tu baby snow white.. Arissa nama dia. Chooooomelll sgtt.. Teringin baby girl la ni... Tp apa pun yang Allah nak beri, kita terima dgn redha hati.. Sesungguhnya Allah tu kan maha mengetahui apa yang sebaiknya utk kita..