Teman

Showing posts with label 3rd Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label 3rd Pregnancy. Show all posts

Jan 29, 2011

Year 2010's - The uncover- Abdurrahman Syakib


Abdurrahman Syakib bin Muhajir. Dilahirkan tanggal 20 September, jam 3.30ptg, di Princess Anne Hospital, Southampton, setelah genap 9 bulan 10 hari dikandung umi.. menyambut kedatangan Wan Ein dan Tokyah; kebetulan sungguh Wan Ein dan Tokyah pun baru saje sampai dari M'sia pada malam 20 september tu..


Terima kasih mak dan ayah yang bersusah payah datang jauh untuk tolong kami uruskan kehidupan kami di Soton dgn episod baru.. tanpa bantuan yg begitu banyak dan pengorbanan yg cukup besar itu, tentu sukar bagi kami mengharungi dengan sendiri.. Terima kasih mak.. terima kasih ayah..

Abdurrahman dilahirkan cukup bulan, tetapi agak kecil. Berat hanya 1.87kg. Normal birth. Kecil kerana uminya didapati positive pre-eclampsia. Atau term yang mudahnya, unhealthy placenta. Jadi Rahman dlm perut umi tak cukup makan... :(
...padahal umi makan banyak sangat untuk Rahman...



Symptom pre-eclampsia dikesan oleh midwife semasa minggu ke-36. Kemudian terus dihantar untuk siasatan ;p lanjutan. Tekanan darah agak tinggi, air kencing berprotein (berprotein pun salah ye...;p.. kencing berprotein tu maksudnye kencing kotor..), darah umi diambil dan diuji, tapi resultnya negative.. phew~~ alhamdulillah... kalau tidak kene dipakse bersalin haritu jugak le... tp mase tu stress sungguh sbb kene tunggu semua process sebenarnye tunggu dokter pakar free yang lama banget tu.. siap selama 4 jam di hospital.. mase tu kereta takde, uncle Rizal tlg hantar ke hospital. Kerana tak dapat nak beri the exact time, mereka pun terpakse tunggu lama di kereta dlm kesejukan malam.. umi stress tunggu di dlm krn memikirkan anak2, suami dan kawan diluar..

37 minggu 3 hari, significant contraction berlaku, mula jam 3 pagi. Mak dan ayah pun baru sampai rumah je sblm tu. Awal subuh, turun 'show'. (Ha?.. show?.. ape tu show?..) Saye punye jenis darah berlendir.. (Sakit tak?..) Sakit sikit2 le mcm mild period pain.

So, terus gi hospital. Mase sibuk2 berjalan sana situ, tiba macam dah tak dapat kesan berapa minit setiap contraction tu.. contraction pun very mild, kalau duk terus berjalan mmg tak rasa apa2.. bila dapat satu bilik, baring, baru la rasa, tapi very weak contraction walaupun mase tu every 10 minutes. Sister yang bertugas tu kate mungkin sbb tiny baby inside. Ujian darah di buat lagi, berserta urine test & CTG (CTG tu untuk check fetal heartbeat and unterine contraction). Tunggu lama jugak dlm bilik tu sampai tertidor... Zzzzzz..... sbb mlm tadi tak buleh tidor... Kak Syifa agak meragam lain macam, tak sabar menanti mak dan ayah sampai, dan sibuk dok timing contraction dan pergerakan baby sejak jam 3pagi. Hhehe.. so pagi tu di hospital tertidor kami berdua ( suami) di bilik ward tu... Zzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....

Jam 10.30 pagi dokter pakar datang dan beritahu result darah. Terkejut kami dia bawa masuk hampir 10 prang dokter2 practical lain. Dia explain, very soft, that the blood test this time is clearly pre-eclampsia. "So whatever it is, we have to make you deliver your baby by today".. She also explained about dokter yg banyak2 tu... so..errr..ok... Dokter tu juga beri tahu akan bagi satu labor room yang lebih besar, in case of any emergency, they'll have an extra space.. So that all the doctors can come in dan buat siasatan! hehe....But the contraction that time, macam dah takde. huhu... midwife kata, "tiny baby always like that... like to play hide n seek"... ;D

Kami terus menunggu utk available bigger room. 11.30 am ade satu big labor room available. dan terus ditolak ke sana. More than i expected.. lengkap semua dgn attached bathroom. Tak boleh lupa midwife Mitchelle yang suke sgt buat lawak dan mengusik, asyik gelak je kami... "We will make the baby out in 20 minutes..." hahaha... terkejut saye, rupenye dia buat lawak... cheh! terkena ku ;D..Hampir berjam dia nak pecahkan ketuban saye.. sampai kene mintak tolong kawan dia yg pakar memecahkan ketuban.. hehe.. conclusionnye, air ketuban tu sebenarnya dah keluar sikit2 tapi tak perasan kerana air ketuban mmg terlalu sedikit. Baru 3cm mase ni.

Ditanya nak pakai epidural tak?.. teringin jugak nak try, tapi suami saye tak bagi... takut side effect.. Midwife kata good..

Masih xde contraction yg beria... mcm taknak bersalin je lagi ni.... kata suami dan midwife. Very soft dan tak kuat.. So keluar tinggalkan kami berdua dan suami saya sampai tertidor lagi.. Dlm pukul 2pm baru terasa contraction yg agak sakit. Lama2 makin sakit.. pukul 3pm midwife buat V check, masih 3cm... huhu... xbuka2 pun.. so dia akan drip pitocin untuk menguatkan contraction. Sblm tu dia tanya sekali lagi nak pakai epidural tak sbb nampak saya keletihan gila sbb perut kosong tak makan dari pagi. Depa tak bagi makan in case of any emergency; kut2 nak kene ceaser. En suami yg kasihan tgk isterinya sakit, akhirnya membenarkan ambil epidural. Midwife Mitchelle dah habis waktu bekerja, berganti dgn midwife Kara. 3.29pm doktor saraf masuk untuk suntik epidural, disuruh duduk membelakangkan doktor. Tiba2 saye rase nak meneran tapi tak boleh nak bagi tahu. Kebetulan Kara yg sedang berdiri facing my face nampak muka saye mcm tu, dia cepat2 kata "Stop doctor, i think it's time.." Disuruh baring semula, dan push dgn 2 nafas.. huhu... 3.30pm dgr tangisan Rahman memecah suasana, dan doktor pakar yang sedang standby diluar buka pintu utk lihat baby, all ok.. she said "congratulations" so mereka tak perlu masuk.. Alhamdulillah tak sempat di pitocin dan di epidural kan.... Midwife kata, "it's totally a natural birth, well done!.."

Allahuakhbar... walillahilhamd!...
Terima kasih untuk abang yang tunggu bersama beri sokongan dan berdoa.. bila sakit je, abang pegang tangan kuat2.. usap ubun2... sambil baca ayat2 suci alQuran... mmg rasa pampered mase tu walaupun dlm kesakitan.. kekuatan ayat2 Allah.. tiada tandingan..

Nanti nak minta gambar dan video selepas bersalin dari Rizal.

Bermulalah episod umi kene duduk di wad selama 8 hari sbb Rahman 'tiny baby'.. Walaubagaimana pun alhamdulillah sbb Rahman from day 1st, boleh hisap susu sendiri dari badan umi dan ditopup oleh misi2 dihospital untuk 3 hari.. kemudian umi struggle jugak2 utk direct bf supaya boleh cepat keluar hospital.. tapi tak boleh juga... sbb Rahman kene jaundice teruk... duduk bawah lampu la...

Tgk tu susah betul nak bagi tahu kat misi2 dihospital ni ttg nama ayah dia.. dah bagi tahu banyak kali pun masih dibubuh nama tokwan Hassan dia..ape2 lah... diorang ni kan pakai surname2...

..Kecik je Rahman dulu.. tgk tu.. baju paling kecil pun tak muat..

..malam2 dihospital kacau umi nak titon...Zzzzzzz

.. bila kene duduk hospital lama2, inilah yang umi paling rindu... panas punggung duduk dihospital sbb teringat anak2..suami.. makan pakai deper... huhu rajinnnyerr.... ;p

umi yang keboringan di hospital asyik2 tangkap gambar Rahman..

...Nantotnyer...

...omey...

..macam rappers pulak umi tgk... takmo lah rappers2 ye.. cardigan ni misi dihospital bagi sbb sian tgk Rahman takda baju kecil utk keep himself warm.. Di ward ni ade sorang makcik tu dok jahit cardigan utk tiny baby.. special edition lah ni...

...mmmm... ok... saye tahu... mase ni nampak mcm orlando bloom cikit2 kan... jgn marah ye, umi saye buat lawak je.. ;D

..tgk tu habis ditangkapnye gambar saye yg chomel2 ni...






..rase mcm nak senyum.. tp macam mane ek?....

....huu.....nantot lagi.... nantot je kerje saye.. sampai jadi kuning... hihi... sian kat umi kene tunggu lama kat hospital.. takpelah saye nak bagi umi saye rehat... kalau dia balik rumah, dia asyik dok igt nak buat kerje je....

..ini hearing test.. tak ingat dah saye ape dia pasang kat telinga saye ni.. rasenye lagu justin bieber kut... saye layan je... baby baby baby oh... my baby baby baby oh... ;D

... nilah yang buat lama kene tahan hospital ni... asyik2 kene duk bawah lampu ni... free tanning sungguh... sampai itam kulit saye yang agak putih mase lahir dulu. hehe.. perasan jap. ;D

..aunty Pah tgh cuci pusat saye.. hehe that's tickle aunty pah.. :D

.. Yeay.... lastly dapat balik rumah... huhu gimoknye umi mase ni... tp sknrg umi dah slim tau.. macam baru2 kawin dgn ayah dulu.. hehe... umi suke lah tu! ;D

..Inilah saye sekarang... dah 4 bulan.. berat pun dah naik .. 6kg sekarang..

..dah tak undergraph dah..

Alhamdulillah... segala puji bagi Allah... yang memberi ujian & memudahkan semua urusan..

Jan 14, 2011

Rahman's Head



Akrhirnya, dapat jumpa Consultant di GH (General Hospital) untuk refer ketumbuhan kecil di permukaan kepala Abdurrahman Syakib.

Mula kelihatan semasa Rahman berusia 2 minggu.. bermula dgn satu tompok merah di permukaan kulitnya, lebih kurang 3mm diameter. Kemudian membesar dgn perlahan, dan ambil masa lebih kurang sebulan untuk membesar sehingga diameter sebesar syiling 5sen. Tompok merah (yg hanya pada permukaan kulit) tersebut turut menbesar sedikit kerana diameter ketumbuhan membesar.

Setelah dilihat dan di 'check' oleh doktor pakar, Professor tersebut memberi kesimpulan bahawa perkara ini 'harmless'. Alhamdulliah..... lega rasa hati setelah mendengar ayat pertama dari mulut doktor tersebut. Sebenarnya itu bukan ketumbuhan, bisul, atau apa2...

Menurut doktor tersebut, kejadian ini berlaku 1 dalam 15 bayi. Ianya adalah kategori 'birthmark'. Lebih specifik, blood vessel birthmark. Sebab itu ianya sedikit membengkak; dek kerana terdapat active blood vessel semasa lingkaran blood vessels sedang berkembang. Walaubagaimana pun, birthmark ini tidak merbahaya dan tidak memberi apa2 kesan sampingan terhadap perkembangan otak bayi mahupun pembesaran beliau. Birthmark seperti ini selalu mula terjadi/kelihatan semasa awal usia bayi (usia 2-3minggu). Kemudian akan membesar sehingga satu maximum size; yg mana pembesaran itu mengambil masa beberapa bulan, kemudian ianya akan surut dgn sendiri, naturally, due to time. Mungkin sehingga kanak2 tersebut berusia 3-6 tahun.

Tiada sebarang ubat-ubatan yg dapat mempercepatkan proses pengecilan birthmark tersebut. Terdapat usaha seperti, laser & surgery, tetapi hanya memberi kemudaratan dan ianya melarat. Sebaiknya, let it goes off naturally, kata professor tersebut..

Ada satu term yg digunakan yang mencuit hati saya dan suami... sometimes they called it 'strawberry birthmark'... hehehe... lucu apabila teringat kembali makan strawberry tak ingat semasa strawbery picking last summer... :D semasa mengandungkan Rahman.. nak dijadikan cerita aje........ bukan apa2 kepercayaan pun... hehehe... semuanya ada hikmah yg tersendiri yg Allah nak tunjukkan.. :D


Some info found & given by the doctor that relates his hypothesis:

Infantile haemangioma describes a benign(non-cancerous) condition affecting cutaneous blood vessels. It is also known as proliferative haemangioma because it is due to proliferating endothelial cells; these are the cells that line blood vessels. Infantile haemangiomas are proliferative lesions that usually develop shortly after birth. Over 80% of infantile haemangiomas occur on the head and neck area. They grow of 80% of maximum size in the first three months and most stop growing at about 5 months. However they may keep growing for up to 18 months. After that, they undergo regression or involution. This can take as long as 3-10 years. Nearly all flat infantile haemangiomas involute and dissappear without treatment. However regression of bulky haemangiomas tends to be incomplete, and they may leave an irregular atrophic (thin) scar or anetoderma (a dented scar) in at least 50% of cases.

Mar 27, 2010

11th weeks pregnant

Alhamdulillah... this time alahan tak teruk... mild nausea during the day, tambah kalau ligat mengerjakan rumah dan anak2, langsung xsedar anak tekak berasa perit. Boleh kata tak menghadapi morning sickness, tp night sickness... he2.... pelik sikit kali ni... bila nak masuk mlm jer, anak tekak mula terasa loya, badan lemah semacam... apalagi.... mula kumpulkan tentera2 ku dan memerap dlm duvey dan Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz............

Nothing to share, just nak melakarkan experience pregnant di tempat org... Minggu ni 1st time berjumpa midwife. Nice person. Macam nurse2 di wad antenatal hospital Kangar yg friendly... =))
Banyaaaaak sgt forms yg dia kena isi, tp suke 1 teknik diorang nak cepat, pakai sticker yg lengkap dgn general detail kita dan lekat je pd setiap pages/forms- details yg lain2 tu just tick2 jer... pi kat mana2 pun semua pakai teknik ni, even kat hospital ultrasound department. Nak jumpa midwife pun, tak perlu ambil no giliran dan tungguuu lama2 sampai nak tersengguk (hihiii sori....;p). Appointment time and date siap ada dlm system, just pergi the exact time yg diberi dan check-in di mesin kiosk(utk beritahu kita sudah sampai). Ape yg saye betul2 suka, mmg sll on-time. Ni mmg paling best... sbb tak perlu tunggu lama2.... beratur sana, beratur sini....kalau terlewat sikit pun dlm 5-10minutes. ok... thats acceptable kan... system ni apply utk semua.... nak jumpa dokter, childs immunisation etc... Ni satu yg respect klinik/hospital kerajaan depa... Maybe hospital/klinik kerajaan di M'sia pun ptt guna system mcm ni utk improve service. In fact, a system doesn't work well by itself... each person who practices the system should contributes to the system effectiveness.... he he he..... (jgn la serius sgt......) ;P
Lawaknya mase kene interview dgn midwife tu, bila di tanya tahun ni berapa umur anda? Tiba2 saye lost............. errrrrrrr...... totally lost........ erm.... "27", i said. Huhu......... balik fikir2 semula, tahun ni I'm gonna be 28th lerrrrrr............ huhauhuhau....... nampaknya diriku dah mula stop counting the age.........hihiiiiii...... prefer 27 forever nampak....... haha..... jgn mare......



Okeh, smlm pegi scan 11th weeks di hospital, salah satunya utk verify due date ku.... hihiiii... Sbbnya saye luperrr la tarikh last mens saye...... huhuuuu..... lupa berderet2........ape nih!...Check2 tgk, mmg very approximate dgn my prediction.... beza sehari.... so new due date will be 8th Oct 2010. Mase buat scan, di hantar surat appointment ke rumah dan dipesan make sure bladder full utk scan. So dgn jayanya memenuhkan bladder ku lah ;D. Pastu bila scan2, baby dok position lentok pulak.... so susah lah dia nak estimate due date.... disuruh pulak saye kosongkan bladder......... supaya kot2 baby nnt ada ruang lebih sikit utk ubah position...merasalah xperience buang air kecil tak berbasuh.....ewwwww...... astagfirullahalazim....mmg jemmm habis la........... haish.... lain kali nak kene sll standby wet tissue dlm handbag la mcm niii....







Mar 23, 2010

Lamanyaaaa membisu!

Heee.........Assalamualaikum wrt.

Banyak kisah, banyak cerita, tp tak sempat nak mengadap lama2... ditambah pulak dgn keletah si puteri kecil yg pandai tak puas hati bila tgk uminya depan laptop! aduh, sabaaar je la..

Cerita pindah rumah, Alhamdulillah, lebih seronok dan selesa di sini... rumah ground floor, lega rasanya drp keperitan naik turun tangga dgn anak2 berdua ni.. depan rumah sekolah, belakang rumah playground.. cukup suka abg Suhaib... bila umi bawa kereta ikut jalan ke rumah lama, cepat2 dia ajak balik-- "umiii... xmau pegi old house... go back new house...." . Hehe, lawak sungguh anak umi, pandai cam jalan pulak tu.





Skrng dah masuk spring.. tak sabar nak tgk bunga2 di So'ton ni.. Adakah secantik ni?....
Tengok atas2 padang menghijau ditumbuhi bunga2 liar atas rumput.. bertompok2 putih, purple... cantik... skrng tgh naik bunga daffodils kat taman belakang rumah, mula2 igt daun bwg, dah pasang angan2 nak gi kutip la bila nak pakai.. xyah beli dah...huhu.... rupa2nya bunga daffodils... daffodil tu mcm dlm gambar di atas, warna kuning atas bunga biru tu. Siape main farmville di fb sure tahu! Hehe.... tp saye dah pencen forever yerrr.... dgr cakap bos......



Hehe... ape ni??? lagi berita, double line pulak....hihiii... sian Syifa dah nak dpt adik... xpelah.... rezeki di Britain... hahaaa... insyaAllah... 11th weeks dah.. Baby autumn la kot.... duh, sejuk tu nnt.... Sian pulak kat Wan Ein dan Tokyah terpaksa postpone dtg ke sini sbb nak sambut baby baru.. Terima kasih banyak2, mak dan ayah....