Teman

Oct 9, 2011

Suhaib to Year R

Suhaib dah masuk reception year (year R). Year R mostly starts at age 4. Lebih kurang macam peringkat tadika kalau di M'sia. Baiknya sistem pendidikan disini, budak2 cepat masuk sekolah. Dan sistem pendidikan anak2 kecil ni mmg betul2 mereka kaji dan praktikkan agar sesuai dgn perkembangan anak2 kecil ini. Mudah2an, M'sia juga suatu hari nanti boleh buat begini disamping mampu memasukkan unsur2 yg lebih Islami dlm sistem pendidikan anak2 kecil kita.

Sekarang Suhaib sudah mula belajar membaca dgn teknik phonemes (eg. lihat video alphablocks). Tergeliat-liat lidah umi nak guna teknik ni. Dah tu pulak nak sebut dgn penuh gaya dan jelas.. tapi interesting teknik ni.. Bila guna teknik ni, baru boleh pronounce all the English words dgn betul. kalau tidak, umi hentam keromo aje.. hehehe

Suhaib ada 'bookbag'. Dalam bookbag Suhaib ada buku record 'sound', 'word' dan 'reading'. Setiap hari cikgu akan update/comment dlm buku2 rekod tu. Parents digalakkan ajar anak di rumah dan write any update in the same record books. So tiap2 hari umi/ayah pun take part ajar Suhaib membaca. Punyalah berusaha bersungguh2... punya nak anak dia cepat boleh membaca... keh3.. ;D itulah mentaliti ibu bapa yg baik, tapi kalau berlebih2, mungkin boleh merosakkan perkembangan si anak. Ape2 pun, teknik kene betul.. sabar dan terus bersabar, serta berlemah lembut. Itu yg paling susah nak buat tu... hehehe. Tambah2, bila semuanya nak cepat.. Mudah2an, umi dan ayah sentiasa bersabar dalam mengajar Suhaib. Tak kiralah dalam ape pun, baca ke, tulis ke, Iqra ke, doa2 harian, ayat2 Quran.. mudah2 Allah terus memelihara kami.. membantu kami..

Anakku.. mudah2an umi dan ayah berjaya membesarkanmu dlm akhlak yg baik.. Ya Allah.. bantulah kami.. ameen.

Suhaib bergaya dgn uniform sekolah dan 'bookbag' dia.

Sep 8, 2011

Suhaib's back-to-school project

Assalamualaikum wrt.

Gambar terbaru Suhaib sempena Suhaib's back-to-school project.  Hehehe... tak tahu lah ayah berpuas hati ke tak... harap2 ayah balik nanti ayah kata ok.. hehehe.. bukan senang ni... mula imagine nak potong macam lain.. last2 jadi macam ni.. setelah adjust sana, adjust sini... yelah... org tak reti duduk diam... sabar je umi!..






Wslm wrt.

Wall cleaning

Assalamualaikum wrt.

Kurang seminggu lagi nak berpindah rumah. Kali yg ke-2 berpindah rumah di Soton. Harap2 proses memindah dan rumah baru nanti ada kebaikan dan kelebihannya. Allahualam. Ya Allah, permudahkan urusan kami.

Agent rumah sedang menggesa nak cari quotation untuk cat bahagian dalam rumah semula kerana dinding2 rumah ini habis dicuri conteng dek abg Suhaib dan kakak Syifa. Dari ruang tamu, corridor sampai ke dlm bilik. Ditambah pulak kesan2 kotor berlemoih entah apa2 lagi... waduh... Mereka estimate untuk cat satu rumah tu mungkin 700-800pound! Jawabnye tak dapat langsunglah deposit kami.. kene tambah lagi adalah.. huhu.... Harap2 Allah tak menduga kami dgn ujian seumpama itu...

Mula berfikir2 nak cat sendiri. Beli satu bekas cat di Asda baru dalam 6pound. Tapi syaratnya, mesti professional touch up. Huhu... risau juga tu.. manalah pernah ada experience mengecat rumah..

Antara kesan vandalism dlm rumah ni..;D

Abg google ttg solution2 yg ada. Antara kaedahnya mencuci dgn satu jenis solution bernama 'sugar soap'. Sekarang sudah 2 malam(terpakselah buat waktu malam waktu semua putera2 dan puteri tidur, kalau tidak nanti ada yg nak tolong tak kena gaya atau ada pulak tambahan2 conteng kat mana2 pulak...) projek menyental dinding yg penuh dgn dakwat pen, pensil, color dan kesan belemoih. Alhamdulillah, agak magik solution ni.. Cuma perlu sental dengan ringan dgn menggunakan sponge, terus keluar kesan kotoran. Dan bila dinding sudah kering, cat nampak seperti biasa dan agak memuaskan.




Harap2 agensi rumah ni boleh terima hasil kami mencuci rumah ini nanti dan tak potong banyak sangat deposit utk kos pengelenggaraan rumah. ~phew~berpeluh

Wslm wrt.

Sep 6, 2011

Salam Aidilfitri 2011

Assalamualaikum wrt.

Aidilfitri yg ke-3 kali di perantau org. Bumi uk yg banyak mengajarku mengenal erti kehidupan.. Itulah yang dikatakan setiap yg berlaku ada hikmahnya.. Hikmah2 yg di atur sebaik-baiknya oleh Yg Maha Pencipta, Maha Mengatur, Maha Agung. Kehidupan bertuhan, itulah hakikat kehidupan yg sebenar.. Semoga Allah terus memberi petunjuk & hidayah, serta kasih-Nya, terhadap diri yg penuh kelemahan ini..



Warna warni aidilfitri tahun ini.. kenangan beraya di Southampton tahun 2011, 1432H.



 Abdurrahman Syakib is going to be 1 on 20th September nanti.. Abdurrahman sekarang akhirnya berjaya crawling dgn jayanya.. Alhamdulillah.. seronok umi tgk..

 Seronok juga bila dapat kesempatan berposing duo dgn husband.. bukan senang nak memorikan saat2 manis begini bila dikelilingi oleh putera2 dan puteri kecil..;D

 Wajah2 di pagi raya... syifa yg sayu beraya diperantauan... he  he he..

 Molek baju dan tudung yg dibeli oleh tokyah... terima kasih tokyah..

 Abdurrahman bersama kakak Amanina... kakak Amanina selalu tlg umi jaga Rahman sewaktu solat maghrib semasa berbuka di Stoneham.. terima kasih kakak..

 Makcik 'comel' ;D inilah umi belajar buat kuih tart nenas, samprit dan biskut arab yg sgt sedap.. Alhamdulillah.. tercapai hajat.. Makcik yg sgt penyayang dan mengambil berat... tentu tak mudah dilupakan.. sedihnya makcik nak balik dah.. rindulah nak cium pipi makcik lagi..

 Sesi bergambar outdoor.. bersama Mawar Soton... 

 Nice shot by uncle Rizal.. tq uncle!

 Lagi satu nice shot by uncle Rizal & uncle Din. Terima kasih..

 Nice shot uncle Din.. Kenangan raya terakhir dgn Aunty Lis.. terima kasih Lis menjadi sahabat terbaik dan terindah di Soton..

 Kak Syifa dan Kak Qis.. nanti sebelum kak Qis balik, kak Syifa nak bergambar kengangan lagi..

Salam Aidilfitri untuk semua, maaf zahir dan batin..


Aug 25, 2011

Lamanya tak berblog...



Tup tup.. tgk dah nak raya lagi... bila imbau kembali, cepatnya masa berlalu.. tapi mengira hari nak balik tetap lamanya rasa..

Walaubagaimana pun Alhamdulillah syukur kepada Allah yg maha merencana segala perkara dlm kehidupan ini.. diberi peluang menjadi suri rumah sepenuh masa... mengurus, mendidik, melihat anak2 membesar depan mata dgn kudrat sendiri... cukup banyak nikmat kasih sayang Allah yg dapat di rasa... setiap kali di duga dgn ujian, mesti lepas tu dapat lihat betapa kebesaran Allah yg nak ditunjukkan, dirasa, disyukuri dan ditarbiyah diri ini.. Sesungguhnya maha tingginya kuasa Allah itu meliputi segala2nya yg nyata, yg tersembunyi.. tak termampu insan yg lemah ini berbuat seorang diri... maha pengasihnya Allah itu... Alhamdulillah, Allahuakhbar.
Tak terhitung nilainya... nikmat dlm peluang, nikmat dlm petunjuk, nikmat dlm kesakitan, nikmat dlm ketenangan, nikmat dlm kesabaran, nikmat dlm kasih sayang, nikmat dlm pengorbanan, nikmat dlm beragama, nikmat dlm rezeki, nikmat dlm kesusahan... Alhamdulillah... segala puji hanya bagimu ya Allah.

Hari ini sudah Ramadhan yg ke 25 hari.. Harap2 Allah memakbulkan setiap doa, hajat dan azam insan ini dengan penuh belas dan kasih.. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini tidak berlalu begitu sahaja.. tetapi diharap amalan2 dan perubahan2 tersebut mampu untuk menjadi benteng terhadap hasutan syaitan dan kedegilan nafsu yg perlu dididik setiap detik waktu nanti.. Tidak ada kuasa lain selain-Mu ya Allah... tempat aku berharap dan meminta pertolongan..

Tak dilupakan Syawal yg bakal berganti... Salam Aidilfitri untuk keluarga yg dikasihi dan dirindui di M'sia, juga sahabat2 dan teman2 yg dlm ingatan, serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yg berada di mana2 sahaja pelusuk dunia ini.. Moga Aidilfitri ini memberi kemenangan yg bermakna dlm kehidupan kita semua, baik di bulan Ramadhan ini dan seterusnya..

Maaf Zahir dan Batin.




Mar 9, 2011

Hadiah dari suami

Wanita soleha menurut pandangan Islam.


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih saying dan suami yang melihat isterinya dengan kasih saying akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.

Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Si suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992.

Hadis Nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan
memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat – empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik – baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".

Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".

Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"

Ibnu - Majah.

Feb 3, 2011

Mood semalam

Pizza Margherita & Chicken Chop


Pizza Margherita
  1. Buat pizza dough
  2. Sapu sos tomato ke tomato puree ke dlm tin, nak buat sendiri, all works.
  3. Tabur lah english herbs ape yg korang ader kat rumah tu...sllnye pakai basil leaves, tp kalau takde, oregano ke, rosemary ker... harung ajer... sedappp jer.... huhu sungguh cincai. Tp best pizza flavor ever- for me.
  4. Sprinkle olive oil sikit & lambakkan mozzarella cheese sebanyak2 yg korang suker. Cheese ni yg sedap ni.
  5. Bakar dan makan!

Chicken Chop chop chop
  1. Resepi di sini (allrecipesasia)
  2. Side dishes tu tambah whipped potato sedap...

Gambar2 kenangan edisi khas utk family di M'sia..

Gambar2 kenangan buat lepas rindu tokyah, opah, wan ein, wan hassan, maklong, makteh dll.... yg tak dapat melihat mereka membesar depan mata... semoga umi dapat terus merakam setiap saat manis agar dapat dirasai oleh semua yg jauh dimata...


Seronok apabila dapat hadiah butterfly dari aunty Sarah & uncle Din.. Tq aunty, uncle..







fairy princess became batman pwincess... abg suhaib suka in action.

Rahmanzzzzzzzzzzzzzzzz....

.. bila umi sibuk menerai reben baru ;p, suhaib pun nak jugak...ok... tp suhaib ambik yg lama yer.. ;p
Seronoknya umi bile tibe2 reben tu diberi sbg present... sankiuuuuu _____ (le... rahsie la pulak... ) ;p

rahman mase baru masuk 3bln


Kak Syifa bace buku terbalik ;p
..melaram dgn hadiah dari aunty Pah dan uncle Rizal..




..rahman umi edit2 jadi rambut meroh.. ok gop ni, umi dok teringin rambut gini le dulu tapi tak dapat.. dlm gamba pun jadi ler... ;p





Jan 29, 2011

Year 2010's - The uncover- Abdurrahman Syakib


Abdurrahman Syakib bin Muhajir. Dilahirkan tanggal 20 September, jam 3.30ptg, di Princess Anne Hospital, Southampton, setelah genap 9 bulan 10 hari dikandung umi.. menyambut kedatangan Wan Ein dan Tokyah; kebetulan sungguh Wan Ein dan Tokyah pun baru saje sampai dari M'sia pada malam 20 september tu..


Terima kasih mak dan ayah yang bersusah payah datang jauh untuk tolong kami uruskan kehidupan kami di Soton dgn episod baru.. tanpa bantuan yg begitu banyak dan pengorbanan yg cukup besar itu, tentu sukar bagi kami mengharungi dengan sendiri.. Terima kasih mak.. terima kasih ayah..

Abdurrahman dilahirkan cukup bulan, tetapi agak kecil. Berat hanya 1.87kg. Normal birth. Kecil kerana uminya didapati positive pre-eclampsia. Atau term yang mudahnya, unhealthy placenta. Jadi Rahman dlm perut umi tak cukup makan... :(
...padahal umi makan banyak sangat untuk Rahman...



Symptom pre-eclampsia dikesan oleh midwife semasa minggu ke-36. Kemudian terus dihantar untuk siasatan ;p lanjutan. Tekanan darah agak tinggi, air kencing berprotein (berprotein pun salah ye...;p.. kencing berprotein tu maksudnye kencing kotor..), darah umi diambil dan diuji, tapi resultnya negative.. phew~~ alhamdulillah... kalau tidak kene dipakse bersalin haritu jugak le... tp mase tu stress sungguh sbb kene tunggu semua process sebenarnye tunggu dokter pakar free yang lama banget tu.. siap selama 4 jam di hospital.. mase tu kereta takde, uncle Rizal tlg hantar ke hospital. Kerana tak dapat nak beri the exact time, mereka pun terpakse tunggu lama di kereta dlm kesejukan malam.. umi stress tunggu di dlm krn memikirkan anak2, suami dan kawan diluar..

37 minggu 3 hari, significant contraction berlaku, mula jam 3 pagi. Mak dan ayah pun baru sampai rumah je sblm tu. Awal subuh, turun 'show'. (Ha?.. show?.. ape tu show?..) Saye punye jenis darah berlendir.. (Sakit tak?..) Sakit sikit2 le mcm mild period pain.

So, terus gi hospital. Mase sibuk2 berjalan sana situ, tiba macam dah tak dapat kesan berapa minit setiap contraction tu.. contraction pun very mild, kalau duk terus berjalan mmg tak rasa apa2.. bila dapat satu bilik, baring, baru la rasa, tapi very weak contraction walaupun mase tu every 10 minutes. Sister yang bertugas tu kate mungkin sbb tiny baby inside. Ujian darah di buat lagi, berserta urine test & CTG (CTG tu untuk check fetal heartbeat and unterine contraction). Tunggu lama jugak dlm bilik tu sampai tertidor... Zzzzzz..... sbb mlm tadi tak buleh tidor... Kak Syifa agak meragam lain macam, tak sabar menanti mak dan ayah sampai, dan sibuk dok timing contraction dan pergerakan baby sejak jam 3pagi. Hhehe.. so pagi tu di hospital tertidor kami berdua ( suami) di bilik ward tu... Zzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....

Jam 10.30 pagi dokter pakar datang dan beritahu result darah. Terkejut kami dia bawa masuk hampir 10 prang dokter2 practical lain. Dia explain, very soft, that the blood test this time is clearly pre-eclampsia. "So whatever it is, we have to make you deliver your baby by today".. She also explained about dokter yg banyak2 tu... so..errr..ok... Dokter tu juga beri tahu akan bagi satu labor room yang lebih besar, in case of any emergency, they'll have an extra space.. So that all the doctors can come in dan buat siasatan! hehe....But the contraction that time, macam dah takde. huhu... midwife kata, "tiny baby always like that... like to play hide n seek"... ;D

Kami terus menunggu utk available bigger room. 11.30 am ade satu big labor room available. dan terus ditolak ke sana. More than i expected.. lengkap semua dgn attached bathroom. Tak boleh lupa midwife Mitchelle yang suke sgt buat lawak dan mengusik, asyik gelak je kami... "We will make the baby out in 20 minutes..." hahaha... terkejut saye, rupenye dia buat lawak... cheh! terkena ku ;D..Hampir berjam dia nak pecahkan ketuban saye.. sampai kene mintak tolong kawan dia yg pakar memecahkan ketuban.. hehe.. conclusionnye, air ketuban tu sebenarnya dah keluar sikit2 tapi tak perasan kerana air ketuban mmg terlalu sedikit. Baru 3cm mase ni.

Ditanya nak pakai epidural tak?.. teringin jugak nak try, tapi suami saye tak bagi... takut side effect.. Midwife kata good..

Masih xde contraction yg beria... mcm taknak bersalin je lagi ni.... kata suami dan midwife. Very soft dan tak kuat.. So keluar tinggalkan kami berdua dan suami saya sampai tertidor lagi.. Dlm pukul 2pm baru terasa contraction yg agak sakit. Lama2 makin sakit.. pukul 3pm midwife buat V check, masih 3cm... huhu... xbuka2 pun.. so dia akan drip pitocin untuk menguatkan contraction. Sblm tu dia tanya sekali lagi nak pakai epidural tak sbb nampak saya keletihan gila sbb perut kosong tak makan dari pagi. Depa tak bagi makan in case of any emergency; kut2 nak kene ceaser. En suami yg kasihan tgk isterinya sakit, akhirnya membenarkan ambil epidural. Midwife Mitchelle dah habis waktu bekerja, berganti dgn midwife Kara. 3.29pm doktor saraf masuk untuk suntik epidural, disuruh duduk membelakangkan doktor. Tiba2 saye rase nak meneran tapi tak boleh nak bagi tahu. Kebetulan Kara yg sedang berdiri facing my face nampak muka saye mcm tu, dia cepat2 kata "Stop doctor, i think it's time.." Disuruh baring semula, dan push dgn 2 nafas.. huhu... 3.30pm dgr tangisan Rahman memecah suasana, dan doktor pakar yang sedang standby diluar buka pintu utk lihat baby, all ok.. she said "congratulations" so mereka tak perlu masuk.. Alhamdulillah tak sempat di pitocin dan di epidural kan.... Midwife kata, "it's totally a natural birth, well done!.."

Allahuakhbar... walillahilhamd!...
Terima kasih untuk abang yang tunggu bersama beri sokongan dan berdoa.. bila sakit je, abang pegang tangan kuat2.. usap ubun2... sambil baca ayat2 suci alQuran... mmg rasa pampered mase tu walaupun dlm kesakitan.. kekuatan ayat2 Allah.. tiada tandingan..

Nanti nak minta gambar dan video selepas bersalin dari Rizal.

Bermulalah episod umi kene duduk di wad selama 8 hari sbb Rahman 'tiny baby'.. Walaubagaimana pun alhamdulillah sbb Rahman from day 1st, boleh hisap susu sendiri dari badan umi dan ditopup oleh misi2 dihospital untuk 3 hari.. kemudian umi struggle jugak2 utk direct bf supaya boleh cepat keluar hospital.. tapi tak boleh juga... sbb Rahman kene jaundice teruk... duduk bawah lampu la...

Tgk tu susah betul nak bagi tahu kat misi2 dihospital ni ttg nama ayah dia.. dah bagi tahu banyak kali pun masih dibubuh nama tokwan Hassan dia..ape2 lah... diorang ni kan pakai surname2...

..Kecik je Rahman dulu.. tgk tu.. baju paling kecil pun tak muat..

..malam2 dihospital kacau umi nak titon...Zzzzzzz

.. bila kene duduk hospital lama2, inilah yang umi paling rindu... panas punggung duduk dihospital sbb teringat anak2..suami.. makan pakai deper... huhu rajinnnyerr.... ;p

umi yang keboringan di hospital asyik2 tangkap gambar Rahman..

...Nantotnyer...

...omey...

..macam rappers pulak umi tgk... takmo lah rappers2 ye.. cardigan ni misi dihospital bagi sbb sian tgk Rahman takda baju kecil utk keep himself warm.. Di ward ni ade sorang makcik tu dok jahit cardigan utk tiny baby.. special edition lah ni...

...mmmm... ok... saye tahu... mase ni nampak mcm orlando bloom cikit2 kan... jgn marah ye, umi saye buat lawak je.. ;D

..tgk tu habis ditangkapnye gambar saye yg chomel2 ni...






..rase mcm nak senyum.. tp macam mane ek?....

....huu.....nantot lagi.... nantot je kerje saye.. sampai jadi kuning... hihi... sian kat umi kene tunggu lama kat hospital.. takpelah saye nak bagi umi saye rehat... kalau dia balik rumah, dia asyik dok igt nak buat kerje je....

..ini hearing test.. tak ingat dah saye ape dia pasang kat telinga saye ni.. rasenye lagu justin bieber kut... saye layan je... baby baby baby oh... my baby baby baby oh... ;D

... nilah yang buat lama kene tahan hospital ni... asyik2 kene duk bawah lampu ni... free tanning sungguh... sampai itam kulit saye yang agak putih mase lahir dulu. hehe.. perasan jap. ;D

..aunty Pah tgh cuci pusat saye.. hehe that's tickle aunty pah.. :D

.. Yeay.... lastly dapat balik rumah... huhu gimoknye umi mase ni... tp sknrg umi dah slim tau.. macam baru2 kawin dgn ayah dulu.. hehe... umi suke lah tu! ;D

..Inilah saye sekarang... dah 4 bulan.. berat pun dah naik .. 6kg sekarang..

..dah tak undergraph dah..

Alhamdulillah... segala puji bagi Allah... yang memberi ujian & memudahkan semua urusan..