Teman

Oct 28, 2009

Makndak and Family Visit

Kami sangat gembira minggu ini kerana Makndak dan Kak Ena sekeluarga datang bertandang ke rumah kami.. Yang lebih seronoknya, Makndak siap tidur sini lagi... Seronok bersembang dan bergossip malam tu dengan Makndak... ;D

Makndak merupakan adik kepada my mil. Kak Ena, anak Makndak berkerja di London, sbg doktor perubatan. Selama hampir 20 thn Kak Ena belajar, bekerja dan menetap di London, dan seberapa banyak kalinya Makndak ke London, namun tak pernah berkesempatan melihat dan pergi ke carboot sale. Jadinya, Makndak tersangatlah teringin nak tengok macam manalah carboot sale tu. Sebelum ini cuma dengar cerita dari kawan2 beliau saje..

Kami dengan berbesar hati membawa Makndak ke carboot pada hujung minggu itu... awal2 pagi lagi dah pergi.. 7.30pagi sampai 12.00tgh hari. Kami bawa Makndak lihat dua carboot sales!

Makndak, Kak Ena, Abg Redza dan Arif baru sampai dan menjamu selera.
Selepas menikmati lunch, Makndak dan Kak Ena sibuk2 nak basuh pinggan. Mereka kutip habis licin sampai berkilat dapur saya dikerjakan..Saya tak tahu ini memang pesen mereka.. No wonder bila pegi rumah Abg Ard dan Kak Ani di London, Kak Ani buat sorok siap2 sabun pencuci dan sponge basuh pinggan! Takut Makndak dan Kak Ena besibuk2 membasuh pinggan.. he3

Suhaib dan Arif bermain.. Tapi tidak sekali.. masing2 tunjuk otai.. Maklumlah masing2 Tuan Kecik...

Syifa nampak heppi dilayan oleh Makndak dan Kak Ena.. Makndak teringin cucu pompuan katanya... ;D

Kak Ena dan Abd Reza balik ke London. Makndak stay utk carboot pagi esoknya... Waaaah... sgt seronok dia dapat tengok banyak cyrstal glasses collections dan set2 pinggan mangkuk England yang nak di letgo pada harga yg sgt murah tetapi masih in good condition.. Malah ada yang masih baru. Lebih menarik melihat cara Makndak bargain. Org lamalah katakan... Memang cukup pro dan menghiburkan, sampai si penjual tergadai! :D

Inilah rupanya carboot tu...

Suhaib turut dapat habuannya.. Koleksi Thomas makin banyak...

Bertolak ke London untuk menerima jemputan Abg Ard panggil makan lunch. Tetapi disebabkan jalan agak sesak dan kami pula bertolak lambat, kami sampai lewat petang. Dengan perut yang sangat2 lapar.. Alhamdulillah Kak Ani jamu macam2... Nasi minyak, nasi himpit, lamb curry, masak lemak ayam dan macam2 lagi.. Memang cukup sedapp! Tukang masak professional lah katakan.. Abg Ard dan Kak Ani merupakan saudara kami di London yang mempunyai kedai makan yang bernama 'MAKAN'. Saya belum berkesempatan ke kedai beliau lagi.. Disebabkan masa lawatan kami amat singkat petang itu, jadi kami tak kemana-mana. Terus pulang ke Southampton ptg itu.. Rumah Kak Ena pun tak sempat nak pergi lagi.. Next time ye Kak Ena.. Next time visit London kena spend masa yang lebih lama, baru sempat nak melawat macam2 tempat..

Pemandangan disepanjang jalan ke London

Ini sudah masuk area London

Sampai sudah di rumah Abg Ard dan Kak Ani... Cantik internal deco rumah mereka yang baru renovate.. Bergambar bersama Kak Ani di tingkat 3 rumah mereka; master bedroom. Tengok diluar tingkap nampak garden.. Cukup damai... nice view..

Macam2 yang dijamu... Suhaib sampai uuk uuk sebelum nak balik.... Ish2.... tengoklah pesen terbaru senteng seluar bila nak buat projek ;D

Makndak menjadi model utk gambar garden Kak Ani di backyard mereka. Cantik sungguh.... Kalau BBQ mesti seronok ni..

Bergambar beramai-ramai sebelum pulang..

Bukan main lagi Abg Ard dengan bendera M'sia nya!

Oct 22, 2009

gelagat anak2 ku..

Gelagat Suhaib dan Syifa utk tokyah, opah, wan Ein dan wan Hassan di kampung..




pipi kanan Syifa lebam sikit, terhantuk pintu semasa beraya di rumah kawan..

spongy cheesecake

Punya teringin nak buat kek sendiri walaupun takda mixer. Ku pukul pakai tangan bagai nak tercabut lengan! xpala... exercise... (ada ke exercise mcm ni??? )

Tp okla... inilah hasilnya... teringin tak terkata!


Kalau pukul telur putih tu pakai mesin lagi naik cantik agaknya.. cewah pandai2 ja.

Resepinya cedok dlm blog Kak Ain. Org copy paste jer ekkk.. :)) Tp kek K Ain nampai naik cantiiik je..maklumlah org dah terrer kan.. saye ni baru belajar2.. kek saye naik tembun mcm sponge kek. Sbb tu tukar nama.. :D Tapi rasanye mmg tiptop! Bila makan tu teringatlah makan cheesecake yg beli di supermarket kat M'sia tu...

Cumanya slice cheese tu, saye pakai cheese spread yang tak guna2 dalam peti ais tu. nak makan dgn roti mcm tu je, mcm tak kena dgn taste kita lah pulak..


Bahan2:
  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila
Cara2:
  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.




Oct 20, 2009

Update yang lalu

Menghadiri majlis 'Kenal-kenal Ketupat' anjuran MSA Southampton...

Dewan Kuliah university

Suhaib berlari-lari dengan Mira di kawasan university

Suhaib belajar mewarna. Masih belum pandai pegang pensel..

Renungan rindu kampung halaman dari Syifa.. candid dari photographer MSA

Umi dan Syifa, serta mama Lyz dan Qistina. Qistina baru bgn dari tidur, Syifa masih tidur.. Sejuk tau mase ni... lebih kurang 14degreeC. Buat2 tahan sejuk dgn memakai baju kurung tanpa jacket. ;p

Rumah kami menumpangkan student phd yang baru datang dari Malaysia. Sarah dan keluarga. Mereka menumpang dirumah kami selama 10 hari sementara dapat masuk ke rumah baru mereka..

Bawa mereka jalan2 pada hujung minggu ke carboot

Sarah sekeluarga

Gambar senget auto snap. Semasa Paklah sekeluarga datang beraya ke rumah kami. Bermula sesi perkenalan antara Sarah sekeluarga dan Pak lah sekeluarga. Dimana, Sarah akan menduduki rumah Paklah yang akan pulang ke Malaysia pada masa itu. Tahniah buat Paklah yang berjaya menamatkan masternya..

Gambar ok sikit.. Tp nampak macam ada 'toyol' sedang bersembunyi... :D Keh keh keh...

Paklah sekeluarga. Maaflah, rumah kami makan di bawah saja... sejuuuk lantai tu yer...serba kekurangan lagi.. almaklumlah baru lagi kan...

Lyz, Khairul dan Qistina, turut hadir utk menikmati hidangan nasi Biryani India ;D, di petang Jumaat..

Gelagat si Syifa

Pokok besar dibelakang flat kami nampak sudah menguning. Menunggu masa utk gugur ke bumi...

Oct 18, 2009

Suhaib new look


Hheeheeheehe.....

Sorryyy.... umi mintak maap sgt2 sbb terpaksa botakkan kepala anak umiiiii..... about 12 hari yang laluuuuu.... sekarang ni baru nak release gamba utk tatapan keluarga dan rakan2. Hahaks! Sblm ni takut jugak nak post up gambar2 Suhaib dan kepala botaknya... takut tokwan2 dan nenda2 di kampung marah pulak tengok cucu kesayangan dibotak kepalanya.... ;D

Alkisahnya, itulah... nak gunting di kedai kan tak berbaloi harganya... Sebelum2 ini mmg umi yang guntingkan rambut Suhaib apabila panjang. Umi gunting semasa dia tidur, sikit2... Yelah, bukan reti dok senyap sesaat kan... This time Umi fikir anak umi ni dah besar agaknya boleh faham.. Hahahhaha, hasilnya, itulah, terpaksa dibotakkan kepalanya.... hahhah... maaf ya mak.....=))

Tak mau dok diam sesaat, berlubang ditengah, so, ape lagi, umi ambil pisau cukur, cukur sampai botak mcm baby.. hehehhehe...



Hmm... nak tunggu sale mase krismas nnt, nak kena beli mesin botakkan kepala lah mcm ni.. Jenuh jgk nak pakai pisau cukur..

Daddynya dok suruh umi cukur kepala si Syifa tu.. Rambut belakangnya takmau jadi elok dah sejak tidur dalam baby sleep cot dlm flight ke London dulu.. tercacak cacak dan berpintal-pintal, walaupun dah disikat dgn minyak, akan jadi balik. Electrostatics charge kuat sungguh.

Latest Umi and Syifa..


Oct 6, 2009

Suhaib dan Syifa

Suhaib tengok feveret cartoon; In the night garden


Cuba ikut gaya Iggle Pigle menari

Sdg membuang! ups!

Syifa; semua nak masuk mulut

Boleh duduk sendiri dah. Yey!


Pull to a stand


Merangkak laju dah...

A pair of happiness..

Syifa; half of the size abg Suhaib