Teman

Oct 9, 2011

Suhaib to Year R

Suhaib dah masuk reception year (year R). Year R mostly starts at age 4. Lebih kurang macam peringkat tadika kalau di M'sia. Baiknya sistem pendidikan disini, budak2 cepat masuk sekolah. Dan sistem pendidikan anak2 kecil ni mmg betul2 mereka kaji dan praktikkan agar sesuai dgn perkembangan anak2 kecil ini. Mudah2an, M'sia juga suatu hari nanti boleh buat begini disamping mampu memasukkan unsur2 yg lebih Islami dlm sistem pendidikan anak2 kecil kita.

Sekarang Suhaib sudah mula belajar membaca dgn teknik phonemes (eg. lihat video alphablocks). Tergeliat-liat lidah umi nak guna teknik ni. Dah tu pulak nak sebut dgn penuh gaya dan jelas.. tapi interesting teknik ni.. Bila guna teknik ni, baru boleh pronounce all the English words dgn betul. kalau tidak, umi hentam keromo aje.. hehehe

Suhaib ada 'bookbag'. Dalam bookbag Suhaib ada buku record 'sound', 'word' dan 'reading'. Setiap hari cikgu akan update/comment dlm buku2 rekod tu. Parents digalakkan ajar anak di rumah dan write any update in the same record books. So tiap2 hari umi/ayah pun take part ajar Suhaib membaca. Punyalah berusaha bersungguh2... punya nak anak dia cepat boleh membaca... keh3.. ;D itulah mentaliti ibu bapa yg baik, tapi kalau berlebih2, mungkin boleh merosakkan perkembangan si anak. Ape2 pun, teknik kene betul.. sabar dan terus bersabar, serta berlemah lembut. Itu yg paling susah nak buat tu... hehehe. Tambah2, bila semuanya nak cepat.. Mudah2an, umi dan ayah sentiasa bersabar dalam mengajar Suhaib. Tak kiralah dalam ape pun, baca ke, tulis ke, Iqra ke, doa2 harian, ayat2 Quran.. mudah2 Allah terus memelihara kami.. membantu kami..

Anakku.. mudah2an umi dan ayah berjaya membesarkanmu dlm akhlak yg baik.. Ya Allah.. bantulah kami.. ameen.

Suhaib bergaya dgn uniform sekolah dan 'bookbag' dia.

Sep 8, 2011

Suhaib's back-to-school project

Assalamualaikum wrt.

Gambar terbaru Suhaib sempena Suhaib's back-to-school project.  Hehehe... tak tahu lah ayah berpuas hati ke tak... harap2 ayah balik nanti ayah kata ok.. hehehe.. bukan senang ni... mula imagine nak potong macam lain.. last2 jadi macam ni.. setelah adjust sana, adjust sini... yelah... org tak reti duduk diam... sabar je umi!..






Wslm wrt.

Wall cleaning

Assalamualaikum wrt.

Kurang seminggu lagi nak berpindah rumah. Kali yg ke-2 berpindah rumah di Soton. Harap2 proses memindah dan rumah baru nanti ada kebaikan dan kelebihannya. Allahualam. Ya Allah, permudahkan urusan kami.

Agent rumah sedang menggesa nak cari quotation untuk cat bahagian dalam rumah semula kerana dinding2 rumah ini habis dicuri conteng dek abg Suhaib dan kakak Syifa. Dari ruang tamu, corridor sampai ke dlm bilik. Ditambah pulak kesan2 kotor berlemoih entah apa2 lagi... waduh... Mereka estimate untuk cat satu rumah tu mungkin 700-800pound! Jawabnye tak dapat langsunglah deposit kami.. kene tambah lagi adalah.. huhu.... Harap2 Allah tak menduga kami dgn ujian seumpama itu...

Mula berfikir2 nak cat sendiri. Beli satu bekas cat di Asda baru dalam 6pound. Tapi syaratnya, mesti professional touch up. Huhu... risau juga tu.. manalah pernah ada experience mengecat rumah..

Antara kesan vandalism dlm rumah ni..;D

Abg google ttg solution2 yg ada. Antara kaedahnya mencuci dgn satu jenis solution bernama 'sugar soap'. Sekarang sudah 2 malam(terpakselah buat waktu malam waktu semua putera2 dan puteri tidur, kalau tidak nanti ada yg nak tolong tak kena gaya atau ada pulak tambahan2 conteng kat mana2 pulak...) projek menyental dinding yg penuh dgn dakwat pen, pensil, color dan kesan belemoih. Alhamdulillah, agak magik solution ni.. Cuma perlu sental dengan ringan dgn menggunakan sponge, terus keluar kesan kotoran. Dan bila dinding sudah kering, cat nampak seperti biasa dan agak memuaskan.




Harap2 agensi rumah ni boleh terima hasil kami mencuci rumah ini nanti dan tak potong banyak sangat deposit utk kos pengelenggaraan rumah. ~phew~berpeluh

Wslm wrt.

Sep 6, 2011

Salam Aidilfitri 2011

Assalamualaikum wrt.

Aidilfitri yg ke-3 kali di perantau org. Bumi uk yg banyak mengajarku mengenal erti kehidupan.. Itulah yang dikatakan setiap yg berlaku ada hikmahnya.. Hikmah2 yg di atur sebaik-baiknya oleh Yg Maha Pencipta, Maha Mengatur, Maha Agung. Kehidupan bertuhan, itulah hakikat kehidupan yg sebenar.. Semoga Allah terus memberi petunjuk & hidayah, serta kasih-Nya, terhadap diri yg penuh kelemahan ini..



Warna warni aidilfitri tahun ini.. kenangan beraya di Southampton tahun 2011, 1432H.



 Abdurrahman Syakib is going to be 1 on 20th September nanti.. Abdurrahman sekarang akhirnya berjaya crawling dgn jayanya.. Alhamdulillah.. seronok umi tgk..

 Seronok juga bila dapat kesempatan berposing duo dgn husband.. bukan senang nak memorikan saat2 manis begini bila dikelilingi oleh putera2 dan puteri kecil..;D

 Wajah2 di pagi raya... syifa yg sayu beraya diperantauan... he  he he..

 Molek baju dan tudung yg dibeli oleh tokyah... terima kasih tokyah..

 Abdurrahman bersama kakak Amanina... kakak Amanina selalu tlg umi jaga Rahman sewaktu solat maghrib semasa berbuka di Stoneham.. terima kasih kakak..

 Makcik 'comel' ;D inilah umi belajar buat kuih tart nenas, samprit dan biskut arab yg sgt sedap.. Alhamdulillah.. tercapai hajat.. Makcik yg sgt penyayang dan mengambil berat... tentu tak mudah dilupakan.. sedihnya makcik nak balik dah.. rindulah nak cium pipi makcik lagi..

 Sesi bergambar outdoor.. bersama Mawar Soton... 

 Nice shot by uncle Rizal.. tq uncle!

 Lagi satu nice shot by uncle Rizal & uncle Din. Terima kasih..

 Nice shot uncle Din.. Kenangan raya terakhir dgn Aunty Lis.. terima kasih Lis menjadi sahabat terbaik dan terindah di Soton..

 Kak Syifa dan Kak Qis.. nanti sebelum kak Qis balik, kak Syifa nak bergambar kengangan lagi..

Salam Aidilfitri untuk semua, maaf zahir dan batin..


Aug 25, 2011

Lamanya tak berblog...



Tup tup.. tgk dah nak raya lagi... bila imbau kembali, cepatnya masa berlalu.. tapi mengira hari nak balik tetap lamanya rasa..

Walaubagaimana pun Alhamdulillah syukur kepada Allah yg maha merencana segala perkara dlm kehidupan ini.. diberi peluang menjadi suri rumah sepenuh masa... mengurus, mendidik, melihat anak2 membesar depan mata dgn kudrat sendiri... cukup banyak nikmat kasih sayang Allah yg dapat di rasa... setiap kali di duga dgn ujian, mesti lepas tu dapat lihat betapa kebesaran Allah yg nak ditunjukkan, dirasa, disyukuri dan ditarbiyah diri ini.. Sesungguhnya maha tingginya kuasa Allah itu meliputi segala2nya yg nyata, yg tersembunyi.. tak termampu insan yg lemah ini berbuat seorang diri... maha pengasihnya Allah itu... Alhamdulillah, Allahuakhbar.
Tak terhitung nilainya... nikmat dlm peluang, nikmat dlm petunjuk, nikmat dlm kesakitan, nikmat dlm ketenangan, nikmat dlm kesabaran, nikmat dlm kasih sayang, nikmat dlm pengorbanan, nikmat dlm beragama, nikmat dlm rezeki, nikmat dlm kesusahan... Alhamdulillah... segala puji hanya bagimu ya Allah.

Hari ini sudah Ramadhan yg ke 25 hari.. Harap2 Allah memakbulkan setiap doa, hajat dan azam insan ini dengan penuh belas dan kasih.. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini tidak berlalu begitu sahaja.. tetapi diharap amalan2 dan perubahan2 tersebut mampu untuk menjadi benteng terhadap hasutan syaitan dan kedegilan nafsu yg perlu dididik setiap detik waktu nanti.. Tidak ada kuasa lain selain-Mu ya Allah... tempat aku berharap dan meminta pertolongan..

Tak dilupakan Syawal yg bakal berganti... Salam Aidilfitri untuk keluarga yg dikasihi dan dirindui di M'sia, juga sahabat2 dan teman2 yg dlm ingatan, serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yg berada di mana2 sahaja pelusuk dunia ini.. Moga Aidilfitri ini memberi kemenangan yg bermakna dlm kehidupan kita semua, baik di bulan Ramadhan ini dan seterusnya..

Maaf Zahir dan Batin.




Mar 9, 2011

Hadiah dari suami

Wanita soleha menurut pandangan Islam.


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih saying dan suami yang melihat isterinya dengan kasih saying akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.

Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Si suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992.

Hadis Nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan
memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat – empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik – baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".

Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".

Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"

Ibnu - Majah.

Feb 3, 2011

Mood semalam

Pizza Margherita & Chicken Chop


Pizza Margherita
  1. Buat pizza dough
  2. Sapu sos tomato ke tomato puree ke dlm tin, nak buat sendiri, all works.
  3. Tabur lah english herbs ape yg korang ader kat rumah tu...sllnye pakai basil leaves, tp kalau takde, oregano ke, rosemary ker... harung ajer... sedappp jer.... huhu sungguh cincai. Tp best pizza flavor ever- for me.
  4. Sprinkle olive oil sikit & lambakkan mozzarella cheese sebanyak2 yg korang suker. Cheese ni yg sedap ni.
  5. Bakar dan makan!

Chicken Chop chop chop
  1. Resepi di sini (allrecipesasia)
  2. Side dishes tu tambah whipped potato sedap...