Teman

Sep 8, 2011

Wall cleaning

Assalamualaikum wrt.

Kurang seminggu lagi nak berpindah rumah. Kali yg ke-2 berpindah rumah di Soton. Harap2 proses memindah dan rumah baru nanti ada kebaikan dan kelebihannya. Allahualam. Ya Allah, permudahkan urusan kami.

Agent rumah sedang menggesa nak cari quotation untuk cat bahagian dalam rumah semula kerana dinding2 rumah ini habis dicuri conteng dek abg Suhaib dan kakak Syifa. Dari ruang tamu, corridor sampai ke dlm bilik. Ditambah pulak kesan2 kotor berlemoih entah apa2 lagi... waduh... Mereka estimate untuk cat satu rumah tu mungkin 700-800pound! Jawabnye tak dapat langsunglah deposit kami.. kene tambah lagi adalah.. huhu.... Harap2 Allah tak menduga kami dgn ujian seumpama itu...

Mula berfikir2 nak cat sendiri. Beli satu bekas cat di Asda baru dalam 6pound. Tapi syaratnya, mesti professional touch up. Huhu... risau juga tu.. manalah pernah ada experience mengecat rumah..

Antara kesan vandalism dlm rumah ni..;D

Abg google ttg solution2 yg ada. Antara kaedahnya mencuci dgn satu jenis solution bernama 'sugar soap'. Sekarang sudah 2 malam(terpakselah buat waktu malam waktu semua putera2 dan puteri tidur, kalau tidak nanti ada yg nak tolong tak kena gaya atau ada pulak tambahan2 conteng kat mana2 pulak...) projek menyental dinding yg penuh dgn dakwat pen, pensil, color dan kesan belemoih. Alhamdulillah, agak magik solution ni.. Cuma perlu sental dengan ringan dgn menggunakan sponge, terus keluar kesan kotoran. Dan bila dinding sudah kering, cat nampak seperti biasa dan agak memuaskan.




Harap2 agensi rumah ni boleh terima hasil kami mencuci rumah ini nanti dan tak potong banyak sangat deposit utk kos pengelenggaraan rumah. ~phew~berpeluh

Wslm wrt.

1 comment: