Teman

Aug 23, 2008

2nd Anniversary

Alhamdulillah... pejam-celik2, sudah 2 tahun usia perkahwinan kami. Pelbagai dugaan dan cabaran yang telah ditempuhi bersama, mudah-mudahan menjadi laluan untuk kami memperbaiki segala kelemahan dan menguatkan lagi keimanan kami kepada Allah swt. Wahai Allah.. peliharalah kami dibawah lembayung kasihMu.. agar kami sentiasa terpelihara dan beroleh petunjuk untuk kesejahteraan dunia dan akhirat. Amin..ya Rabbal 'alamin..

Terkenang kembali saat2 kami disatukan.. merupakan hadiah yang cukup besar drp Allah, yang memberi jalan kepada kami, membina sebuah kehidupan baru, walaupun ternyata ranjau dlm sesebuah kehidupan sentiasa berubah-ubah, namun, dgn sebuah perkahwinan, semua itu dilalui dgn izin Allah dan menjadikan kehidupan ini lebih bermakna. Alhamdulillah..

Saat2 manis yang pernah dirakamkan..


Selepas ijabkabul


Sesi bergambar :)

Terfeeling pulak sekejap. =D


Aug 15, 2008

Hmm... Yummy..


Sedapnyer tgk pasta carbonara dari mamafami tu.. Time2 pose ni mmg terliur sgt2 lah. Hari ni menyahut cabaran pose ganti. Waa.. sgt mencabar wo... asyik lapar jer. Mcm manelah nak pose sebulan tak lama lagi nih. Menguji keimanan sungguh. Semoga aku mampu menempuhi dgn jayanya bulan Ramadhan tahun ni. Sian kat baby kene berlapar sekali.. Sabar ye sayang... Kita lakukan utk Allah!

Aug 14, 2008

Testing post


Seronok jugak buat blog ni yerr.. Terjumpa gambar lama ni dlm fp my hubby. Lupa dah ada gambar yg agak sentimental gini :). Lama kerr? Lama la jugak... Sedar-sedar dah nak masuk 2 thn usia perkahwinan kami. 19 Aug ni genaplah.. Tp masih xda idea lagi ke mana nak dating. Hai... ni la yg lecey dok kat Perlis ni (no offense to all org Perlissss ;)..). Thn lepas dah pi aniversary di Langkawi; yg xdapat naik keter cable sbb hari nak hujan tu. Igt nak pi jln2 cari makan kat Jitra jerr. Kira ok lah tu.. Ujung minggu tu yg 23 hrbln tu boleh la nak balik Kulim sambung jln2 anniversay lagi. Boleh la kot pi jalan Penang ka. Teringin nak makan pasemboq di pdg kota dgn key's char koey teow. Abang Capati kat Kulim tu pun sedap juge. Kenduri bynk hari tu. Waaahh... besnyer mkn nasik kenduri.. Suke sgt daging msk kurma time kenduri. Harap2 ada..Waaahh... bnyknye nak mknnn... Maklumlah tgh lalu.. =) Montel pilah sat.. Tp harap2 berjayalah turunkan balik lepas besalin nnt. Harap2 la... heheh


xlupe jgk kat Suhaib. Skrng makin pandai kenakan umi dn ayah dia. Kdg2 geram sgtt.. Tp back then, Subhanallah.. mmg satu penawar kehidupan yang cukup ajaib!


Yg tepi gambar Suhaib tu baby snow white.. Arissa nama dia. Chooooomelll sgtt.. Teringin baby girl la ni... Tp apa pun yang Allah nak beri, kita terima dgn redha hati.. Sesungguhnya Allah tu kan maha mengetahui apa yang sebaiknya utk kita..